PERKHIDMATAN KAMI | Bahagian Hal Ehwal Pelajar

» PERKHIDMATAN KAMI

PERKHIDMATAN KAMI

Bahagian Hal Ehwal Pelajar merupakan di antara entiti utama dalam UPM yang bertanggungjawab membangunkan karakter mahasiswa holistik, di samping memastikan kesejahteraan pelajar merangkumi isu-isu kebajikan, bantuan kewangan, sokongan moral dan sebagainya. Selain daripada itu, Bahagian Hal Ehwal Pelajar turut berperanan menyediakan kemudahan perkhidmatan pengangkutan bas mahupun kenderaan kecil untuk keperluan akademik dan aktiviti pelajar di dalam kampus dan ke luar kampus. Bahagian Hal Ehwal Pelajar komited untuk memastikan semua pelajar dapat menjalani hidup yang sejahtera dalam mencapai kecemerlangan akademik dan sahsiah demi melestarikan budaya Berilmu Berbakti.

SXEOMAx~