Dalam usaha untuk memastikan bahawa UPM sentiasa menjadi Pusat Pengajian dan Penyelidikan yang terunggul dan tersohor di seantero dunia seiring dengan visinya, iaitu menjadi sebuah universiti bereputasi antarabangsa, UPM sentiasa menitikberatkan kandungan program yang ditawarkan bertepatan dengan pasaran kerja semasa.
Tanyalah pengalaman pelajar Universiti Putra Malaysia dan mereka pasti akan menceritakan tentang 'Gaya Hidup Serdang' di mana anda akan bergaul dan saling mengenali rakan-rakan baru, menelaah dan membuat kajian dalam suasana yang kondusif serta menikmati aktiviti luar atau beriadah dalam komuniti yang mesra. Persekitaran kehidupan positif di UPM pasti tidak akan membuatkan anda berasa keseorangan.
Perkhidmatan yang disediakan di UPM merupakan unit integrasi daripada infrastruktur yang dirancang untuk mempamerkan perkhidmatan yang terdapat di UPM sekaligus menyokong dan membantu misi pendidikan universiti secara berterusan selain meningkatkan kualiti kehidupan di kampus.
artikel
Semangat patriotisme 21 tahun lalu masih dirasai
SEMPENA kempen kibarkan Jalur Gemilang pada sambutan Bulan Kebangsaan, nilai sentimental saya kembali menggamit memori catatan rekod negara yang dicipta oleh mahasiswa Kolej Sepuluh (K10), Universiti Putra Malaysia (UPM), 21 tahun dahulu iaitu pada 2001.
PERTEMUAN SEKSYEN PENGURUSAN KEBAJIKAN BERSAMA YAYASAN BASMI KEMISKINAN
KELANA JAYA, 17 Mac 2023 - Bahagian Hal Ehwal Pelajar diwakili oleh Ketua Seksyen Pengurusan Kebajikan, En Mohd Firdaus Baharuddin telah mengadakan pertemuan bersama pihak Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) iaitu Pengurus Besar YBK, En. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz.