Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Mari bersama kita berkongsi rezeki. Hulurkanlah sumbangan walau pun dengan hanya RM10.00. Dana ini bertujuan untuk membantu sebahagian pelajar UPM yang amat memerlukan, khususnya dalam kalangan keluarga B40 dan asnaf agar dapat meringankan beban kewangan mereka seperti bantuan barangan keperluan asas, bantuan kecemasan, bantuan musibah, bantuan wang saku serta bantuan pelan data dan peranti komputer.