Dasar Kampus Inklusif OKU UPM | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» PERKHIDMATAN KAMI » Dasar Kampus Inklusif OKU UPM

Dasar Kampus Inklusif OKU UPM

Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh Seksyen 20 (1) Perlembagaan Universiti Putra Malaysia, Lembaga Pengarah Universiti membuat Dasar berikut:

 

 

DASAR UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

(INKLUSIF OKU) 2020

 

 

Universiti Putra Malaysia komited untuk memberi kesaksamaan hak dan peluang kepada guru, pekerja dan pelajar kurang upaya bagi penyertaan penuh dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan serta pembangunan peribadi dan profesionalisme dalam Universiti. Bagi tujuan itu, Universiti akan menyediakan kemudahan prasarana, peralatan, sumber manusia dan kewangan serta perkhidmatan sokongan bagi memastikan kebolehcapaian infrastruktur dan persekitaran Universiti yang kondusif bagi pelaksanaan dasar inklusif OKU.

 

Dibuat pada 8 September 2020

[Minit mesyuarat LPU 145/05]

Ditandatangani oleh YAM Tengku Syarif Laksamana Perlis Dato’ Seri Diraja Syed Razlan Syed Putra Jamalullail, Pengerusi Lembaga Pengarah, Universiti Putra Malaysia.

Kemaskini:: 13/05/2025 [mohd.hafiz]

PERKONGSIAN MEDIA

X, (04:04:25am-04:09:25am, 05 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]