Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPM terletak di Bangunan Canselori Putra, UPM. BHEP merupakan salah satu entiti Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA). Diketuai oleh seorang Ketua Bahagian yang bertanggungjawab menguruskan hal ehwal pelajar dan mengurus selia urusan pentadbiran dan kewangan, perancangan dan pelaksanaan aktiviti pelajar, tatatertib, kebudayaan, penginapan, bantuan kewangan dan kebajikan pelajar.