PERSATUAN PANDU PUTERI KLOVER UPM | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» ORGANISASI PELAJAR » Kepemimpinan » PERSATUAN PANDU PUTERI KLOVER UPM

PERSATUAN PANDU PUTERI KLOVER UPM

 

AHLI JAWATANKUASA PERSATUAN PANDU PUTERI KLOVER UPM 2022/2023

 

 

PRESIDEN
THANESWARI
  205959@student.upm.edu.my

 

 

TIMB. PRESIDEN
NUR HANA
  210484@student.upm.edu.my

 

 

SETIAUSAHA
NURUL HAIZA
  212879@student.upm.edu.my

 

 

TIMB. SETIAUSAHA
SITI NUR ATIQAH
  212671@student.upm.edu.my

 

 

BENDAHARI
NURFARIZA HANIS
  210123@student.upm.edu.my

 

  

 

PENGENALAN

Persatuan Pandu Puteri Siswi Universiti Putra Malaysia merupakan persatuan yang ditubuhkan dengan tujuan untuk melahirkan pelajar perempuan yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan masyarakat sejagat. Di samping itu, penubuhan Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertujuan menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan efektif untuk pelajar perempuan supaya menonjolkan bakat diri dan memberi motivasi supaya dapat menjadi pemimpin berwibawa yang dapat menyumbang bukan setakat di peringkat negara tetapi seluruh dunia seperti yang disarankan oleh pihak Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Selain itu, Persatuan Pandu Puteri Siswi UPM juga melibatkan kerjasama pihak Persatuan Pandu Puteri Malaysia yang merupakan sebuah penubuhan antarabangsa dibawah organisasi anggota Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia (WAGGGS). Ibu Pejabat Kebangsaan kini terletak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur. Oleh itu, persatuan ini ingin membangunkan semula penglibatan pelajar-pelajar perempuan IPTA dan IPTS supaya dapat memberikan komitmen untuk menjayakan program yang melibatkan golongan belia.

 

 

 

OBJEKTIF PENUBUHAN PERSATUAN PANDU PUTERI KLOVER UPM

  • Menerajui perkembangan potensi pelajar perempuan UPM dalam membawa perubahan demi nusa, bangsa dan antarabangsa.
  • Membina sebuah platform kepada pelajar perempuan UPM untuk berkhidmat kepada masyarakat.
  • Memantapkan pengetahuan am pelajar perempuan UPM mengenai isu-isu semasa.
  • Meningkatkan kemahiran insaniah, niai kendiri dan sifat-sifat kepimpinan yang tulen melalui program kepanduan dalam kalangan pelajar perempuan UPM.       
  • Menerapkan nilai kerjasama, hormat-menghormati dan kasih sayang dalam kalangan wanita sedunia.

 

 

 

VISI

"Menerajui perkembangan potensi mahasiswi UPM dalam membawa perubahan"

 

MISI

"PPPKUPM mempunyai komitmen melahirkan golongan mahasiswi yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai Pandu Puteri demi kepentingan nusa, bangsa dan antarabangsa."

 

 

 

AKTIVITI SESI 2021/2022

  • Perkembangan diri
  • Sahsiah dan intelek
  • Minat dan hobi
  • Gaya hidup sihat khidmat.

 

 

 

MEDIA SOSIAL PERSATUAN PANDU PUTERI KLOVER UPM

                        

 

 

 

AJK SESI 2022/2023

 

 

 

AJK SESI 2021/2022

 

 

 

 

 

 UPM/BHEP/700-3/3/   PERSATUAN PANDU PUTERI KLOVER UPM

Kemaskini:: 09/01/2023 [azhar.mahdzir]

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXETWAb~