PENASIHAT
-
-
SENARAI NAMA EXCO
PRESIDEN
ABU HANIFAH BIN MOHAMMAD RAMLI
197874@student.upm.edu.my
TIMB. PRESIDEN
NORA SYAKIRAH BINTI SAHUL HAMID
197641@student.upm.edu.my
SETIAUSAHA
MUHAMMAD ZAQWAN BIN AMRAN
197224@student.upm.edu.my
TIMB. SETIAUSAHA
KIRITHAREN A/L KRISHNA KUMAR
203754@student.upm.edu.my
BENDAHARI
NURUL NASEERAH BINTI ANUAR
195949@student.upm.edu.my
Kelab Hijau Putra (Putra Green Club) atau dengan nama ringkasnya KEHIJAU yang dicadang untuk ditubuhkan merupakan satu-satunya kelab di Universiti Putra Malaysia (UPM) yang menjadikan gaya hidup hijau dan lestari sebagai teras utama penubuhan seiring dengan kedudukan UPM sebagai sebuah kampus hijau yang terunggul. Justeru, kelab ini ditubuhkan dengan wawasan utama untuk melahirkan warga kampus yang cakna terhadap isu alam sekitar semasa di samping berperanan proaktif dalam menanganinya.
Oleh yang demikian, KEHIJAU juga akan menjadi organisasi rasmi yang bertanggungjawab dalam membantu mengendalikan dan meneruskan projek pengurusan sisa pepejal yang dilakukan oleh sukarelawan WasteBank@UPM sebelum ini. Diharapkan penubuhan KEHIJAU dapat membantu dalam mengembang luas peranan dan aktiviti WasteBank@UPM sebagai pusat pengumpulan barangan kitar semula yang utama untuk warga kampus UPM, membantu pelajar terutamanya golongan B40 menjana pendapatan melalui jualan bahan kitar semula serta produk Upcycling, di samping mendedahkan pelajar terhadap aktiviti kesukarelawanan dan keusahawanan.
"Menjadi perintis kepada pembentukan amalan dan gaya hidup lestari warga kampus selain menyahut aspirasi utama Universiti Putra Malaysia sebagai sebuah kampus hijau terunggul."
"Melahirkan mahasiswa yang cakna, optimis dan proaktif tentang isu alam sekitar dan sentiasa bersedia menyumbang bakti kepada masyarakat."
Updated:: 07/02/2022 [azhar.mahdzir]
Universiti Putra Malaysia
Ground Floor, Cancellory Putra's Building
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan