PERSATUAN MAHASISWA ANAK NEGERI PERAK (PEMARAK UPM) | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» ORGANISASI PELAJAR » Anak Negeri » PERSATUAN MAHASISWA ANAK NEGERI PERAK (PEMARAK UPM)

PERSATUAN MAHASISWA ANAK NEGERI PERAK (PEMARAK UPM)

 

  

PERSATUAN MAHASISWA ANAK NEGERI PERAK (PEMARAK UPM) SESI 2025/2026

 

PENGENALAN

 

Persatuan Mahasiswa Anak Perak (PEMARAK) UPM telah ditubahkan pada tahun 2002. Persatuan ini ditubuhkan bagi mengeratkan hubungan sesama mahasiswa kelahiran Perak. Selain itu, Persatuan ini juga ditubuhkan bagi menjaga kebajikan mahasiswa anak Perak dengan lebi baik serta memperkasakan mahasiswa yang mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi dan seimbang dengan prestasi akademik yang tinggi.

 

 

OBJEKTIF PENUBUHAN PERSATUAN MAHASISWA ANAK NEGERI PERAK (PEMARAK UPM)

 

  • Menjadikan kebajikan ahli sebagai keutamaan
  • Merapatkan hubungan sesama mahasiswa semasa menuntut mahupun selepas menuntut di UPM.
  • Memperkasa mahasiswa Perak di UPM menjadi mahasiswa yang mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi dan seimbang dengan prestasi akademik yang bagus
  • Melahirkan mahasiswa yang cintakan negeri Perak dan sanggup berbakti kepada rakyat Perak.
  • Menjadikan mahasiswa Perak membantu menaikkan nama universiti dan negeri Perak.
  • Menjadikan ahli persatuan sebagai modal insan terbaik kepada negeri Perak dan menjaga nama baik negeri Perak dan persatuan

 

 

VISI

 

"PEMARAK sebagai penggerak berdaya maju ke arah kesejahteraan dan kemakmuran Mahasiswa Anak Perak dan melahirkan mahasiswa yang mempunyai jati diri dan nilai kemuafakatan yang teguh. Selain itu, menjadikan PEMARAK satu persatuan terbaik di UPM dalam menjaga kebajikan ahli dan masyarakat sekeliling."

 

MISI

 

"Menganjurkan program yang dapat memberikan manfaat kepada mahasiswa anak Negeri Perak dan UPM"

"Mengumpulkan mahasiswa yang berasal dari Negeri Perak dengan matlamat membantu dan mengenali antara satu sama lain"

"Menjadi medium penghubung antara anak Negeri Perak dengan Yayasan Negeri Perak"

"Mewujudkan hubungan baik sesama ahli dan saling berkongsi masalah dan pendapat"

 

 

 

AKTIVITI PEMARAK 

 

  • Meet and Greet
  • Pertandingan Loghat Perak
  • Jualan Baju Rasmi PEMARAK
  • Membawa Mahasiswa pulang ke kampung
  • Sharing Session with PASAK dan GMPk

 

 

 

MEDIA SOSIAL PERSATUAN MAHASISWA ANAK NEGERI PERAK (PEMARAK UPM)

 

                        

 

 

 

 

Kemaskini:: 04/04/2026 [nureedayu]

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
W, (05:36:28pm-05:41:28pm, 14 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]