
Nama pertubuhan ini ialah Persatuan Kebajikan Perkasa Pahang (PERMADA) yang mengumpulkan mahasiwa Pahang yang melanjutkan pelajaran di UPM dan dilahirkan di Negeri Pahang yang mempunyai kod negeri kelahiran 06 pada kad pengenalan atau mahasiswa yang melanjutkan pelajaran di UPM dan bermastautin tetap di Pahang lebih dari 10 tahun (mengikut budi bicara) atau mahasiswa yang melanjutkan pelajaran di UPM yang mana salah seorang daripada ibu bapa mereka berasal daripada Pahang. Persatuan ini ditubuhkan untuk mengutamakan dan menjaga kebajikan anak negeri Pahang sepanjang berada/ melanjutkan perlajaran di Universiti Putra Malaysia. PERMADA juga turut berada bawah naungan Majlis Mahasiswa Anak Pahang (MAMPAN) Kebangsaan yang menggabungkan seluruh mahasiswa anak Pahang seluruh Malaysia dan turut berada di bawah kebajikan Yayasan Pahang. Aktiviti yang dijalankan oleh PERMADA berteraskan kepada tiga capaian utama iaitu Ekonomi, Pendidikan, dan Komuniti. Walau bagaimana pun, PERMADA amat mengutamakan kebajikan Anak Pahang dan berusaha untuk menyatukan mahasiswa Anak Pahang untuk berbakti kepada Negeri Pahang dan UPM.
"sedang dikemaskini"
"sedang dikemaskini"

Kemaskini:: 09/12/2025 [nureedayu]

Universiti Putra Malaysia
Aras Bawah,
Bangunan Canselori Putra
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan