| Bahagian Hal Ehwal Pelajar
senarai pengumuman terkini

Dimaklumkan tarikh penghantaran kertas kerja Aktiviti Pelajar pada 02 Mac 2020 (Isnin) sehingga 06 Mac 2020 (Jumaat) sebelum jam 12.00tghari. Berikut adalah Jadual Penghantaran dan Pembentangan Kertas Kerja 

Dimaklumkan Pembentangan Kertas Kerja Aktiviti Pelajar adalah pada 11 Mac 2020 (Rabu) bertempat di Pejabat Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Masa adalah daripada jam 09.00pagi hingga 11.30pagi sahaja.

Tarikh Kumpulan Muat turun
11/03/2019(Rabu) 1 .pdf
2  .pdf
3 .pdf
4 .pdf
5 .pdf
6 .pdf

Senarai kertas kerja Aktiviti perlu diperbaiki

Penginapan sementara hanya akan sah sehingga 05 September 2019 sebelum 4.30 petang. Tekan sini untuk muat turun Borang Tempahan Penginapan Sementara

Untuk mendapatkan data pelajar luar kampus pra siswazah ( Bacelor & Diploma) terkini bagi memudahkan urusan membantu pelajar luar kampus ini. Segala infomasi ini amat berguna kepada pihak kami bagi memastikan semua aspek dari segi kebajikan & keselamatan PELAJAR LUAR KAMPUS (PLK) terjamin.

 

Sila Klik Link ini untuk mengisi data pelajar luar kampus UPM.
https://goo.gl/forms/UrMKwPCPOT9nSkWG2

Dimaklumkan Bahagian hal Ehwal Pelajar akan melaksanakan Permohonan Aktiviti pelajar secara Online berkuatkuasa pada  17hb Februari 2020. Pelajar boleh memohon melalui link berikut https://forms.gle/341VSRJ1TbChoM836 .

Semua laporan  Aktiviti Pelajar boleh di isi secara on -line https://forms.gle/5tdF9ypgHc5biDiQ8 

PELAKSANAAN KEHADIRAN PELAJAR BAGI PENGINAPAN INI ADALAH SEPERTI BERIKUT;

Tarikh : 28-30 Jun 2020
Masa : 10 pagi – 4 petang
Tempat : Dewan Besar, Pusat Kebudayaan Dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM

PERHATIAN!!!

HANYA PELAJAR YANG MENGINAP DI KOLEJ KEDIAMAN SAHAJA YANG TERLIBAT DALAM PROSES INI.

BAGI PELAJAR LUAR KAMPUS, YANG MENDAPAT KEBENARAN PULANG KE KAMPUS , ANDA TIDAK PERLU MENJALANI PROSES INI.

PARA PELAJAR JUGA DIMINTA UNTUK MEMBUAT PENILAIAN RISIKO JANGKITAN COVID19 DIRUMAH ATAU SEBELUM MEMASUKI PINTU 1 UPM ( https://ertcovid19.upm.edu.my ) DAN MEMBUAT PENGISYTIHARAN KESIHATAN COVID19 ( https://forms.gle/KLUgrsnVEBYNPDhT9 ) DALAM MASA 48 JAM SEBELUM MEMASUKI KAMPUS UPM.

PELAJAR JUGA DIMINTA UNTUK MEMBUAT KAJI SELIDIK KEHADIRAN PELAJAR DI PAUTAN ( https://forms.gle/EJCDTztw8N8xNVRW9 ).

HANYA UNTUK PELAJAR YANG TELAH MENDAPAT KEBENARAN UNTUK PULANG KE KAMPUS SAHAJA

BAGI PELAJAR YANG AKAN PULANG SELEPAS 30 JUN 2020, SILA BERHUBUNG DENGAN PIHAK KOLEJ KEDIAMAN

Sebarang pertanyaan sila hubungi BILIK OPERASI PENGINAPAN & KEBAJIKAN COVID-19 HEPA (03 9769 7386)

Kepada pelanggan yang dihargai,
UPM komited ke arah menyediakan perkhidmatan yang berkualiti bagi memenuhi kepuasan pelanggan.

Sila beri maklum balas berkaitan perkhidmatan dan kemudahan di UPM dengan mengimbas QR code yang disediakan atau klik disini . Maklum balas anda amat kami hargai bagi menambah baik mutu perkhidmatan kami.

Terima kasih.

 

 

 

Klik SINI untuk paparan.

PELANJUTAN TARIKH TUTUP PENCALONAN ANUGERAH TOKOH SISWA KPT

 

Dimaklumkan tarikh tutup bagi penghantaran pencalonan Anugerah Tokoh Siswa KPT telah dilanjutkan kepada 31 Januari 2022.

Proses dan pautan borang permohonan masih lagi menggunakan yang sama.

https://bit.ly/CalonATSUPM - borang pendaftaran
http://ats.mohe.gov.my/ - borang lengkap pencalonan

Poster hebahan rasmi berkaitan perkara di atas akan dikeluarkan dalam masa terdekat. Terima kasih.

 

Sistem permohonan pencalonan:

Klik link untuk pendafatran Anugerah Putra Ikon

Dimaklumkan bahawa kerja-kerja pembaikan bumbung di Bangunan Astaka Seni telah berjaya diselesaikan sepenuhnya pada 15 Januari 2025. Bangunan ini kini dibuka semula untuk kegunaan staf pentadbiran sahaja. Bagi kegunaan pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar menjangkakan operasi penuh akan bermula pada awal Februari 2025. Penangguhan ini adalah bagi memberi ruang kepada staf pentadbiran untuk melaksanakan kerja-kerja persiapan terlebih dahulu. Sebarang perkembangan atau maklumat tambahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Kami amat menghargai kerjasama dan kesabaran anda sepanjang proses pembaikan dan penambahbaikan ini berlangsung

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menganjurkan Program MyLesen B2 Tahun 2025 Peringkat Negeri Selangor. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan, khususnya daripada kumpulan B40 menerusi pemilikan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 (Motosikal) yang sah. Selain itu, program ini juga adalah untuk meningkatkan kesedaran keselamatan dan undang-undang jalan raya di kalangan pelajar.
 
Bagi tujuan tersebut, pihak JPJ Negeri Selangor menawarkan 200 tempat bagi mahasiswa Universiti Awam (UA) di negeri Selangor untuk menyertai Program MyLesen B2 Tahun 2025. Seramai 100 orang calon daripada setiap UA yang layak berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan seperti di bawah boleh mengisi permohonan segera sebelum 25 Januari 2025 di pautan berikut https://bit.ly/MyLesenUPM
 
(i) warganegara Malaysia;
(ii) berumur antara 16 hingga 35 tahun;
(iii) pelajar UA di negeri Selangor (tidak terhad kepada anak negeri Selangor);
(iv) golongan B40 atau tanggungan;
(v) sihat fizikal dan mental;
(vi) belum memiliki sebarang LMM;
(vii) bebas senarai hitam mahkamah, JPJ dan PDRM; dan
(viii) keutamaan kepada pelajar tahun akhir.
 
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Ketua Bahagian / Ketua Seksyen Kesejahteraan Mahasiswa  +603-9769 1326

 

PAUTAN PENDAFTARAN PROGRAM MAHASISWA NEGARA (PEWARIS) SIRI I 2025

TARIKH : 23 - 25 FEB 2025
TEMPAT : KEM PLK TANJUNG RHU, SEPANG


JEMPUTAN ADALAH UNTUK TAHUN 1 SESI 2024/2025 SAHAJA

Seluruh pelajar UPM tahun 1 dijemput untuk hadir ke program Mahasiswa Negara (PEWARIS) Siri I 2025.

Program Mahasiswa Negara (PEWARIS) adalah inisiatif oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang bertujuan memupuk bakat kepimpinan dalam kalangan pelajar tahun pertama universiti awam.

Program ini dilaksanakan dalam beberapa fasa dan zon, termasuk zon tengah. Melalui program ini, KPT dengan kerjasama seluruh Universiti Awam berhasrat untuk membentuk mahasiswa yang berdaya saing dan berkaliber tinggi, selaras dengan agenda melahirkan pemimpin masa hadapan yang berkualiti.

Isi pautan dibawah untuk sertai.

https://bit.ly/UPMPEWARIS1 

SEGALA KEPERLUAN DAN MERIT DISEDIAKAN !
JOM SERTAI PEWARIS !

Institut Sains dan Teknologi Okinawa (OIST) menawarkan Program Latihan Industri Penyelidikan untuk pelajar di dua tahun terakhir ijazah sarjana muda, pelajar ijazah sarjana, atau graduan yang bergraduat baru-baru ini. Program ini menyediakan peluang untuk mendapatkan pengalaman penyelidikan secara langsung di bawah bimbingan fakulti OIST dalam persekitaran kolaboratif yang terkenal di peringkat antarabangsa.

Mengapa Memohon?

Program Latihan Industri Penyelidikan OIST memberi peluang untuk bekerja bersama penyelidik bertaraf dunia dalam persekitaran penyelidikan antarabangsa yang maju. Sama ada anda ingin meningkatkan kemahiran penyelidikan atau meneroka peluang pengajian siswazah, program ini adalah batu loncatan terbaik untuk kerjaya akademik anda.

Butiran Program:

  • Tempoh Latihan Industri: 1 Oktober 2025 – 31 Mac 2026

  • Tarikh Akhir Permohonan: 15 April 2025, 23:59 (JST UTC+9)

  • Pengumuman Keputusan: Akhir Jun 2025

  • Yuran Permohonan: 3000 Yen Jepun (tidak boleh dikembalikan, tidak boleh dikecualikan) bermula dari Musim Luruh 2025

Kelayakan:

  • Pelajar Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana: Mesti sedang mengikuti di dua tahun terakhir program sarjana muda atau mana-mana tahun dalam program sarjana di institusi yang diiktiraf, sama ada di Jepun atau luar negara.

  • Graduan yang bergaduat baru-baru ini: Mereka yang telah menamatkan ijazah sarjana muda atau sarjana dan bercadang untuk memohon program PhD OIST juga layak.

Keperluan Tambahan:

  • Pelajar semasa mesti mendapatkan kelulusan daripada institusi asal mereka.

  • Pemohon mesti mempunyai latar belakang akademik yang berkaitan dengan bidang penyelidikan OIST.

  • Pelajar dari institusi Jepun perlu menguruskan insurans mereka sendiri.

Proses Pemilihan:

Pemilihan adalah kompetitif dan bergantung kepada keselarasan minat penyelidikan pemohon dengan projek yang tersedia, kelayakan akademik, serta dana yang ada.
OIST menggalakkan permohonan daripada wanita dan kumpulan yang kurang diwakili dalam bidang STEM.

Cara Memohon:

**Rujuk pautan ini: **https://admissions.oist.jp/apply-research-internship

Permohonan Dalam Talian: Anda mesti mencipta akaun untuk memohon dan memuat naik dokumen yang diperlukan.

Dokumen Diperlukan:

  • Transkrip akademik dan diploma (atau sijil pendaftaran jika belum tamat pengajian).

  • Transkrip yang bukan dalam Bahasa Inggeris mesti disertakan dengan penjelasan dalam Bahasa Inggeris.

  • Semua dokumen mesti disediakan dalam Bahasa Inggeris, disimpan dalam format PDF, dan dimuat naik ke laman web permohonan.

  • Anda boleh melengkapkan permohonan dalam beberapa sesi.

Tempoh permohonan untuk tahun akademik 2025 kini dibuka. Institusi-institusi Kanada mesti mengemukakan permohonan dalam talian bagi pihak calon yang layak sebelum 31 Mac 2025, pada pukul 11:59 malam EDT. Hanya permohonan untuk semester Fall 2025 yang akan diterima dalam pertandingan ini.

Untuk layak, calon mesti:

✔ Warganegara negara anggota ASEAN: Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos (Republik Demokratik Rakyat Lao (Lao PDR)), Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, atau Vietnam
✔ Berdaftar sepenuh masa di institusi pendidikan tinggi di negara anggota ASEAN
✔ Membayar yuran pengajian kepada institusi semasa permohonan dan sepanjang tempoh pertukaran mereka

Calon tidak layak untuk biasiswa ini jika mereka:

  • Memegang atau mempunyai permohonan yang tertunda untuk kewarganegaraan Kanada atau status penduduk tetap
  • Sedang mengambil bahagian dalam program biasiswa yang dibiayai oleh Kerajaan Kanada
  • Sudah berdaftar dalam program ijazah, diploma, atau sijil di institusi pendidikan tinggi Kanada
  • Pernah menerima biasiswa di bawah program Canada-ASEAN Scholarships and Education Exchanges for Development
  • Institusi pendidikan tinggi Kanada yang berminat untuk menjadi tuan rumah bagi pelajar mesti:

✔ Menjadi Institusi Pembelajaran yang Ditetapkan (DLI)
✔ Mempunyai perjanjian pertukaran pelajar yang sah dengan institusi asal pelajar yang tidak termasuk yuran pengajian untuk penerima biasiswa (diperlukan untuk pengajian kolej/ijazah sarjana muda sahaja)
✔ Menyelaraskan semua permohonan melalui pejabat antarabangsa mereka

Sila lawati laman web ini untuk maklumat lanjut:
https://www.educanada.ca/scholarships-bourses/can/institutions/asean-anase.aspx?lang=eng

PENCARIAN WAKIL UCAPAN GRADUAN MAJLIS KONVOKESYEN UPM 2025 SIDANG 2

ADAKAH ANDA WAKIL GRADUAN YANG KAMI CARI?

Sila isi borang permohonan untuk menjadi wakil graduan yang akan memberi ucapan di sesi Majlis Konvokesyen anda. Imbas kod QR atau klik pautan Google Form yang disertakan dan teliti syarat permohonan tersebut sebelum menghantar maklumat anda.

https://forms.gle/VxANTcDNQDh1vGh56

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 17 OKTOBER 2025 (Jumaat)

Untuk makluman pelajar baharu sesi akademik 2025/2026, E-Book Kit Putra kini boleh diakses secara dalam talian sebagai rujukan para pelajar bagi Minggu Perkasa Putra 2025.

📖 Sila layari pautan berikut untuk bacaan:
👉 https://infodigital.upm.edu.my/flip/putrakit

Kerjasama dan perhatian anda amat dihargai.

Terima kasih.

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
X, (04:12:08pm-04:17:08pm, 03 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]