MISI BANTUAN SUKARELAWAN PASCA BANJIR : BENTONG, PAHANG | Student Affairs Division
» PUTRABAKTI » MISI BANTUAN SUKARELAWAN PASCA BANJIR : BENTONG, PAHANG

MISI BANTUAN SUKARELAWAN PASCA BANJIR : BENTONG, PAHANG

BENTONG, 2 Januari 2022 - Seramai 107 sukarelawan menyertai misi kali ini yang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Bentong, Pahang.
" Banjir teruk yang berlaku di sekolah ini merupakan kali pertama dan sebelum ini tidak pernah berlaku " kata Noh bin Ishak yang merupakan guru di sekolah tersebut.



Antara aktiviti yang dilakukan iaitu membersihkan kawasan sekolah dan membantu membuang peralatan yang telah rosak serta memberikan barangan keperluan kepada penduduk setempat hasil sumbangan dari orang ramai.
Turut serta dalam misi ini iaitu Prof. Madya. Dr. Nur Izura Udzir Pengarah Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar UPM dan En. Nuruliman Ibrahim Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM.



Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam misi kali ini. Semoga dapat meringankan beban pihak sekolah dengan bantuan yang telah diberikan oleh sukarelawan UPM.
#PutraCakna
#UPM50Tahun
#JubliEmasUPM
#BerilmuBerbakti

Date of Input: 03/01/2022 | azhar.mahdzir

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEZRA0~