Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM Telah Menerima Penajaan Sebanyak Rm30,000.00 Bagi Program FoodBank Siswa UPM | Student Affairs Division
» PUTRABAKTI » Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM telah menerima penajaan sebanyak Rm30,000.00 bagi Program FoodBank Siswa UPM

Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM telah menerima penajaan sebanyak Rm30,000.00 bagi Program FoodBank Siswa UPM

Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM telah menerima penajaan sebanyak Rm30,000.00 bagi Program FoodBank Siswa UPM daripada Syarikat Payment Network Malaysia Sdn. Bhd (PayNet) pada 14 September 2023. Sumbangan telah disampaikan oleh Ketua Sektor Pendidikan PayNet, Puan Zurianty Sudin kepada Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM, Encik Nuruliman Ibrahim. Dalam masa yang sama UPM juga turut menerima geran penajaan sebanyak RM20,000 bagi Program Pendigitalan Kampus menjadikan jumlah keseluruhan penajaan daripada PayNet adalah sebanyak RM50,000. Tahniah diucapkan kepada Majlis Perwakilan Pelajar UPM yang diwakili oleh saudara Muhammad Ikram Marozan, saudara Muhammad Afig Iskandar Adriel dan juga saudara Che Wan Abdul Hakim Che Wan Md Syaid di atas kejayaan cemerlang dengan membuat pembentangan bertajuk ‘’Gedegang Putra’’ dan ‘’Pertandingan Jom DuitNow’’ sehingga berjaya memperolehi geran yang mengharumkan nama UPM.

Date of Input: 08/01/2024 | azhar.mahdzir

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEcOAj~