ZIARAH KASIH PELAJAR MANGSA RUMAH TERBAKAR MUAR,JOHOR | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » ZIARAH KASIH PELAJAR MANGSA RUMAH TERBAKAR MUAR,JOHOR

ZIARAH KASIH PELAJAR MANGSA RUMAH TERBAKAR MUAR,JOHOR

 
ZIARAH KASIH PELAJAR MANGSA RUMAH TERBAKAR MUAR,JOHOR
 
8 Mac 2023, Muar - Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM telah bersama-sama Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), YBhg. Dato' Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman menyantuni pelajar tahun satu, Bacelor Sains Kimia Dengan Pendidikan, Norfathiah Muhamad Muzzamil serta ahli keluarganya yang ditimpa musibah rumah terbakar di Parit Sakai Darat, Muar, Johor.
 
Sumbangan turut disalurkan kepada mangsa melalui pelbagai pihak iaitu Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Fakulti Sains dan Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS).
 
Turut hadir adalah YBhg Prof. Madya Dr. Amini Amir Abdullah, Pengerusi Jemaah Pengetua, Prof. Madya Dr. Mohd Mursyid Arshad, Pengetua KOSASS, Prof. Madya Dr. Emilia Binti Abd Malek, Ketua Jabatan Kimia, En. Mohd Firdaus Baharuddin, Ketua Seksyen Pengurusan Kebajikan BHEP dan En Azrol Hafizi Azman, Ketua Seksyen Pengurusan Zakat dan Pembangunan Asnaf WAZAN.
 
Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM mendoakan semoga saudari dihadirkan ketenangan menempuh ujian dan sentiasa dipermudahkan urusan serta terus cemerlang dalam pengajian di UPM.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 13/03/2023 | Kemaskini: 13/03/2023 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXDdEAC~