Universiti Putra Malaysia (UPM) Telah Mengadakan Program Jiwa Putra 2.0 | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan Program Jiwa Putra 2.0

Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan Program Jiwa Putra 2.0

 
23 hingga 26 September 2024 - Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan Program Jiwa Putra 2.0 bertempat di Dewan Putra 2 dan sekitar kampus. Program ini merupakan inisiatif sosial yang bertujuan membantu komuniti melalui aktiviti sukarelawan yang terancang dan tanpa imbuhan.
 
Sukarelawan memainkan peranan penting dalam membina masyarakat yang harmoni dengan menanamkan nilai keprihatinan, empati, dan kerjasama. Aktiviti ini bukan sahaja memberi manfaat kepada komuniti, tetapi juga memperkaya pengalaman dan kemahiran individu yang terlibat, termasuk pengurusan masa, kepimpinan, dan komunikasi.
UPM, yang berpegang kepada misi “berbakti kepada masyarakat melalui ilmu,” menjadikan program sukarelawan sebagai komponen penting dalam pembinaan sahsiah mahasiswa. Program seperti Jiwa Putra selari dengan visi UPM untuk menjadi universiti bereputasi antarabangsa yang cemerlang dalam pengajaran, penyelidikan, dan penerapan ilmu.
 
Selain itu, Impak utama kepada program Jiwa Putra ini ialah merangsang sense of belonging pelajar kepada universiti secara menyeluruh, memberi pengalaman pembelajaran dan kehidupan yang terbaik serta perkhidmatan yang menjangkau keperluan pelanggan dan pemegang taruh.
 
Dengan pelaksanaan Program Jiwa Putra 2.0, UPM terus berusaha melahirkan graduan yang cemerlang secara akademik dan memiliki kesedaran sosial yang tinggi, mampu menyumbang kepada pembangunan negara dan kesejahteraan sejagat.
 

Tarikh Input: 05/11/2024 | Kemaskini: 05/11/2024 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
W, (03:40:26am-03:45:26am, 14 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]