
SERDANG, 27 November – Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, telah menyempurnakan Majlis Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM bagi sesi 2024/2025 yang diadakan baru-baru ini.
Dalam majlis yang penuh bermakna ini, Umar Akhtar Ab Malek, seorang pelajar Bacelor Sains Perniagaan Tani dengan Kepujian dari Fakulti Pertanian, UPM, telah dilantik sebagai Yang Dipertua (YDP) MPP sesi 2024/2025. Beliau memimpin bacaan ikrar pelantikan yang diikuti oleh seluruh ahli MPP yang lain.
Turut hadir dalam majlis tersebut, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UPM, Prof. Dr. Arifin Abdu, serta Dekan-dekan fakulti dan pegawai kanan UPM yang memberikan sokongan kepada barisan kepimpinan baru MPP.
Pelantikan Umar Akhtar sebagai YDP MPP sesi 2024/2025 mencerminkan kepercayaan dan harapan tinggi universiti terhadap kepimpinan pelajar yang bakal memainkan peranan penting dalam menghubungkan pihak pentadbiran dengan mahasiswa, serta memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan pelajar di UPM.
#berilmuberbakti #universitiputramalaysia
#hepaupm #truenorthupm #mppupm
Tarikh Input: 08/12/2024 | Kemaskini: 08/12/2024 | azhar.mahdzir

Universiti Putra Malaysia
Aras Bawah,
Bangunan Canselori Putra
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan