TEATER HIKAYAT PERSADA MAYA MERIAHKAN PANGGUNG PERCUBAAN UPM | Bahagian Hal Ehwal Pelajar hep
» BERITA » TEATER HIKAYAT PERSADA MAYA MERIAHKAN PANGGUNG PERCUBAAN UPM

TEATER HIKAYAT PERSADA MAYA MERIAHKAN PANGGUNG PERCUBAAN UPM

Oleh: Nik Mohamad Ridhwan Nik Rasrudin

 

 

  

Oleh: Nik Mohamad Ridhwan Nik Rasrudin

SERDANG, 20 Januari - Universiti Putra Malaysia sekali lagi menjadi medan subur kepada perkembangan seni persembahan apabila pementasan Teater Hikayat Persada Maya berjaya dipentaskan pada 19 dan 20 Januari 2026 bertempat di Panggung Percubaan, UPM. Pementasan ini merupakan hasil kolaborasi kreatif antara Kelab Penggiat Seni Teater (PENTAS) UPM, Pusat Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) dengan kerjasama Layar Majnun, Kolej Canselor yang menghimpunkan bakat-bakat muda dalam dunia teater universiti.

Teater Hikayat Persada Maya tampil sebagai sebuah pementasan yang mengangkat nilai estetika seni pentas serta kepekaan terhadap isu kemanusiaan dan pemikiran kontemporari. Antara pengajaran yang diketengahkan juga adalah, cemburu dan iri yang hanya akan memakan diri terutama apabila berpaling dari agama. Pementasan ini bukan sahaja mengangkat seni pentas teater, malah seni silat dan tarian zapin.

Dari sudut pengkaryaan, pementasan ini digerakkan di bawah sentuhan Saudari Dhiya Khalish selaku penulis skrip, yang berjaya membina naskhah dengan struktur dramatik yang kemas dan berlapis. Pementasan ini diarahkan oleh Saudari Nia Amelia, yang menerjemahkan teks ke atas pentas dengan pendekatan visual dan emosi yang berkesan.

Sepanjang dua malam pementasan, Teater Hikayat Persada Maya menerima sambutan yang menggalakkan daripada warga kampus dan pencinta seni, sekali gus membuktikan bahawa seni teater terus relevan sebagai medium ekspresi intelektual, budaya dan kemanusiaan dalam kalangan mahasiswa.

Penganjuran program seumpama ini selari dengan aspirasi Universiti Putra Malaysia dalam menyokong pembangunan sahsiah, kreativiti dan kepimpinan pelajar melalui platform seni dan kebudayaan.

Tarikh Input: 23/01/2026 | Kemaskini: 23/01/2026 | nureedayu

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
X, (06:58:53am-07:03:53am, 05 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]