Program Read@Uni BHEP: Bedah Buku Bersama Dr. Abdul Hadi Samsi | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » Program Read@Uni BHEP: Bedah Buku bersama Dr. Abdul Hadi Samsi

Program Read@Uni BHEP: Bedah Buku bersama Dr. Abdul Hadi Samsi

 
20 Februari 2023 - Anugerah Sudut Bacaan Read@Uni mula diperkenalkan pada tahun 2019 dengan nama Hadiah Pertandingan Sudut Bacaan Read@Uni. Anugerah Sudut Bacaan ini juga merupakan anugerah yang dipertandingkan bersama Anugerah Kualiti & Penarafan Bintang Pengurusan Pentadbiran UPM yang lain.
 
Bagi menyahut seruan universiti dalam mencapai perkhidmatan cemerlang dalam penyampaian perkhidmatan, Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah memulakan Program Read@Uni: Bedah Buku bersama Dr. Abdul Hadi Samsi bertajuk Alam dan Budaya Puisi Warisan Dunia Niah yang merangkumkan beberapa himpunan Puisi pelbagai bahasa daripada penyair Malaysia, Indonesia, Thailand, Kemboja, United Kingdom, Rusia, China dan Korea Selatan termasuklah puisi dari mantan pensyarah UPM, Dr. Lim Swee Tin.
 
Dr. Abdul Hadi Samsi juga menerangkan tentang kaedah penulisan puisi yang berkualiti dan bagaimana cara memahaminya.
Semoga program ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang untuk memperkasa budaya membaca dan meningkatkan ilmu pengetahuan dalam kalangan kakitangan UPM.

Tarikh Input: 22/02/2023 | Kemaskini: 22/02/2023 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEUUAq~