
TERENGGANU & JOHOR, 10 & 13 Jun 2024 – Jawatankuasa Pengurusan Kesatuan Mahasiswa (JPKM) Universiti Putra Malaysia terus mengorak langkah ke hadapan apabila menjalinkan kerjasama keserakanan strategik bersama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang melibatkan seramai 30 peserta.
Jalinan keserakanan strategik ini juga bertujuan untuk bertukar idea serta perkongsian pelaksanaan agenda pemerkasaan mahasiswa khususnya antara Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan MPP serta JPKM UPM. Pemerkasaan mahasiswa ini merupakan agenda Kementerian Pendidikan Tinggi seiring dengan perubahan waktu dalam pentadbiran kerajaan bagi meningkatkan lagi kebolehpasaran graduan dan persediaan pelajar dalam menempuhi alam pekerjaan nanti.
Dengan perkongsian sebegini dapat mencambahkan lagi nilai kerja yang profesional dalam kalangan universiti-universiti di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Melalui program ini pihak Jawatankuasa Pengurusan Kesatuan Mahasiswa (JPKM) Universiti Putra Malaysia dapat menambah pengalaman serta ilmu pengetahuan dalam pengurusan kelulusan aktiviti pelajar terutama dalam penambahbaikan pengurusan permohonan melalui sistem atau aplikasi yang dibangunkan. Semoga program seperti ini dapat diteruskan oleh generasi Kesatuan Mahasiswa akan datang demi pembelajaran berterusan.
Hadir bersama dalam program ini adalah pegawai UPM, Encik Khairul Hafiz Mohammad, Ketua Seksyen Kepimpinan dan Jati Diri, staf seksyen Puan Khairul Ziana Kinainah dan Puan Jamrah Mat Jusoh serta pegawai daripada Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi UPM, Encik Saiful Ramadzan.
Tarikh Input: 26/06/2024 | Kemaskini: 13/08/2024 | azhar.mahdzir

Universiti Putra Malaysia
Aras Bawah,
Bangunan Canselori Putra
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan