Oleh: Zulkifli Ibrahim
SERDANG, 27 Oktober 2025 – Universiti Putra Malaysia (UPM) melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dengan kerjasama RHB Bank telah melaksanakan Program Edaran dan Pengaktifan Kad MySiswa bagi pelajar baharu sesi akademik 2025/2026 yang berlangsung secara berperingkat di beberapa lokasi sekitar kampus utama.
Program ini dimulakan pada 15 Oktober di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, diikuti oleh Fakulti Kejuruteraan pada 16 Oktober, serta diteruskan pada 21 dan 22 Oktober di Dewan Putra 1, KTAG. Sesi akhir program berlangsung pada 23 dan 24 Oktober, juga bertempat di Dewan Putra 1, KTAG.
Kad MySiswa berfungsi sebagai kad pengenalan rasmi pelajar universiti yang turut mempunyai fungsi perbankan melalui kerjasama dengan RHB Bank. Kad ini penting bagi urusan kemasukan ke fasiliti kampus, pendaftaran akademik, pengesahan identiti pelajar, serta pelbagai transaksi dalam ekosistem digital UPM.
Program ini dianjurkan bagi memastikan semua pelajar baharu menerima kad tersebut dan dapat mengaktifkannya dengan lancar sebelum memulakan sesi pengajian sepenuhnya. Sepanjang pelaksanaan program, kaunter edaran dan bantuan teknikal turut disediakan oleh pihak BHEP dan RHB Bank bagi memudahkan proses pengaktifan serta penerangan lanjut mengenai fungsi kad kepada pelajar.
Menurut wakil BHEP, program ini mendapat sambutan amat baik daripada pelajar baharu dan berjaya memastikan semua pelajar memiliki kad pelajar aktif bagi memudahkan urusan akademik dan kewangan sepanjang tempoh pengajian di UPM.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Tarikh Input: 31/10/2025 | Kemaskini: 31/10/2025 | nureedayu

Universiti Putra Malaysia
Aras Bawah,
Bangunan Canselori Putra
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan