PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK SERTA SUMBANGAN PAKAIAN RAYA DAN DUIT RAYA | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK SERTA SUMBANGAN PAKAIAN RAYA DAN DUIT RAYA

PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK SERTA SUMBANGAN PAKAIAN RAYA DAN DUIT RAYA

 
PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK SERTA SUMBANGAN PAKAIAN RAYA DAN DUIT RAYA
 
Serdang, 8 April - Warga kampus UPM Serdang hari ini digemparkan dengan kehadiran 60 buah motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson yang diketuai "Founder Herry" dan "President Pyan Glide" daripada Kelab Kingz Motorcycle Group Malaysia (KMGM).
 
Program agihan bubur lambuk dan sumbangan baju raya serta duit raya ini merupakan anjuran bersama Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) UPM, Kingz Motorcycle Group Malaysia (KMGM), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Sejumlah 800 pek bubur lambuk telah diagihkan kepada pelajar-pelajar di Kolej Tan Sri Mustafa Babjee (KMB), Kolej Sepuluh (K10), Kolej Pendeta Zaaba (KPZ) dan Kolej Sultan Alaedin Sulaiman Shah (KOSASS).
 
  
 
Konvoi motosikal tersebut telah diiringi pasukan Polis Bantuan Bahagian Keselamatan UPM dan MPV JPJ bermula dari MAEPS pada jam 3.00 Petang hingga 5.00 petang.Program seterusnya dilangsungkan di Dewan D MAEPS dengan majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan baju raya serta duit raya kepada 30 pelajar UPM dalam kalangan asnaf, OKU dan B40.
 
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih dirakamkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.Semoga usaha murni ini diberkati Allah SWT dan dikurniakan ganjaran anugerah yang berpanjangan.
 

Tarikh Input: 12/04/2023 | Kemaskini: 12/04/2023 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXERFAu~