Pengambilan & Pengaktifan Kad Prihatin Siswa UPM | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » Pengambilan & Pengaktifan Kad Prihatin Siswa UPM

Pengambilan & Pengaktifan Kad Prihatin Siswa UPM

 
SERDANG, 18 JANUARI 2023 - Bahagian Hal Ehwal Pelajar menyantuni kehadiran delegasi RHB Islamic Bank Berhad ke Dewan Besar Universiti Putra Malaysia bagi melihat program pengagihan dan pengaktifan Kad Prihatin Siswa UPM dijalankan.
 
Kad Prihatin Siswa juga dikenali sebagai Kad Debit-i MySiswa, ini direka khas bagi memudahkan dan melaksanakan hasrat KPT dalam melaksanakan inisiatif penjimatan kewangan, mempromosikan kampus tanpa tunai, kampus pintar, identiti pelajar dan mewujudkan ekosistem kewangan yang lebih baik untuk pelajar.
 
Turut hadir bagi melihat proses tersebut dijalankan adalah delegasi RHB Islamic Bank Berhad, Pengarah Urusan/CEO RHB Islamic Bank Berhad, Dato’ Adissadikin Ali dan mewakili pihak UPM adalah Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar (KBHEP), Nuruliman Ibrahim, En. Khairul Anuar Muhamad Noh, Pejabat TNC HEPA, saudara Muzhaffar Syah Azmi & saudari Syawani Zabidi, Majlis Perwakilan Pelajar UPM.
 
 
 
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 25/01/2023 | Kemaskini: 25/01/2023 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEYHAr~