PELAJAR OKU TERIMA BANTUAN ALAT BANTU PENDENGARAN | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » PELAJAR OKU TERIMA BANTUAN ALAT BANTU PENDENGARAN

PELAJAR OKU TERIMA BANTUAN ALAT BANTU PENDENGARAN

 
25 Oktober, Serdang- Seorang pelajar OKU pendengaran telah menerima alat bantu pendengaran hasil bantuan pihak Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP). Saudara Hazmin Hazman yang merupakan seorang pelajar sarjana Bioperubatan di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan memberitahu puan Noraihan Nordin, Ketua Bahagai BHEP bahawa beliau merupakan OKU pendengaran sejak lahir dan sudah belajar di UPM sejak peringkat ijazah sarjana muda lagi pada tahun 2018 lagi.
 
Pelajar juga menyatakan hasrat ingin menyambung pelajarannya di peringkat PhD di UPM kelak memandangkan UPM adalah universiti yang sering membantunya dalam pelbagai perkara memandangkan dia juga bukan dari keluarga yang senang dengan pendapatan keluarga kurang dari RM3000 sebulan.
 
Pelajar yang juga merupakan mantan presiden Persatuan Mahasiswa OKU UPM tahun 2020 dan 2021 serta turut menyumbang banyak khidmat dan jasa kepada UPM dalam membantu memberikan sokongan dan bantuan kepada rakan-rakan OKU yang lain. Maka selayaknya beliau dibantu dari pelbagai sudut.
 
Semoga dengan bantuan ini dapat memudahkan Hazmin untuk mencapai keputusan yang cemerlang di UPM.
 

Tarikh Input: 08/12/2024 | Kemaskini: 08/12/2024 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
F, (12:21:33pm-12:26:33pm, 07 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]