PELAJAR OKU KURANG BERKEMAMPUAN MENERIMA SUMBANGAN LAPTOP | Bahagian Hal Ehwal Pelajar hep
» BERITA » PELAJAR OKU KURANG BERKEMAMPUAN MENERIMA SUMBANGAN LAPTOP

PELAJAR OKU KURANG BERKEMAMPUAN MENERIMA SUMBANGAN LAPTOP

 

PELAJAR OKU KURANG BERKEMAMPUAN MENERIMA SUMBANGAN LAPTOP

UPM Serdang, 25 Julai 2024 - Seorang pelajar OKU pendengaran bernama Sureekah A/P Selvaraja telah menerima sebuah laptop jenama Hewlett-Packard (HP) 8GB Ram berharga RM2950 berserta beg dan perisian daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di Master of Business Administration di Sekolah Pengurusan dan Ekonomi UPM tersebut berasa terharu dengan bantuan yang diberikan memandangkan pelajar adalah datang dari keluarga yang kurang berkemampuan dimana ayah pelajar merupakan seorang pemandu lori manakala ibunya seorang suri rumah.

Lebih kurang 100 pelajar UPM dari latar belakang keluarga yang kurang berkemampuan telah dibantu untuk mendapatkan laptop sejak tahun 2022 dan BHEP akan sentiasa memastikan pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan tidak ketinggalan dalam aktiviti pembelajaran selain memenuhi misi dan visi melalui Teras Malaysia Madani yang mengutamakan kesejahteraan, kemampanan, ihsan.

Selain itu UPM juga akan sedaya upaya menyokong matlamat kerajaan ini dengan menyediakan pelajar dengan modal insan yang menjelmakan daya cipta, sifat hormat serta keyakinan dalam diri mereka untuk persaingan masa hadapan.

Dalam era teknologi ini, memiliki laptop adalah merupakan keperluan bagi pelajar universiti lebih-lebih lagi selepas pandemik COVID-19. Selain memudahkan urusan pelajar dan pensyarah dalam penyampaian ilmu, ia dapat membantu universiti mencapai pelbagai matlamat tahunan.

Semoga bantuan yang diberikan tersebut dapat meringan beban serta dapat membantu beliau mencapai keputusan yang cemerlang di dalam akademik.

Penulis artikel: Marlinah Muslim
#MalaysiaMadani #BerilmuBerbakti #UniversitiPutraMalaysia #BHEPUPM #UNITPERKHIDMATANDANSOKONGANOKUUPM

 
 

Tarikh Input: 31/07/2024 | Kemaskini: 13/08/2024 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
X, (03:20:13pm-03:25:13pm, 06 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]