9 Jun 2024, Pontianak ~ Mesyuarat MAKUM Kali Ke-110 Bil 1/2024 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Universitas Tanjungpura, Pontianak Kalimantan Barat Indonesia.
Mesyuarat ini telah dihadiri sebanyak 10 buah UA secara fizikal dan 6 buah UA secara dalam talian, selain daripada itu, mesyuarat turut dihadiri oleh wakil Bahagian Hal Ehwal Pelajar, JPT KPT iaitu Puan Nurul Aida Mohd Nordin (dalam talian) dan Puan Nur Azreen Hamidi (secara fizikal) serta 3 orang wakil MAKMA.
Prof. Dr. Arifin bin Abdu Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UPM merangkap Pengerusi MAKUM telah mempengerusikan mesyuarat pada kali ini. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada sekretariat MAKUM dan UNIMAS kerana telah merealisasikan program kunjungan rasmi ke Universitas Tanjungpura Pontianak Indonesia hari ini.
Beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada MAKUM yang telah menyertai program Malaysia Festival 2024 di Tumbalong Park, Sydney Australia pada Mac yang lalu. Lima 5 buah UA telah mengambil bahagian membuat persembahan Nuansa Citra Budaya Malaysia iaitu USM, UPM, UNIMAS, UMK dan UIAM sekaligus mengharumkan nama Malaysia dan MAKUM di persada antarabangsa.
Pihak KPT mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan penganjuran Majlis Anugerah Seni MAKUM yang baru sahaja selesai pada 5 Jun 2024 yang lepas.
Mesyuarat pada kali ini membincangkan program-program akan datang anjuran MAKUM antaranya Bengkel Zapin Sebat, Perkampungan Budaya MADANI dan banyak lagi.
Selain daripada itu, mesyuarat ini merupakan kali pertama diadakan di luar negara mengambil peluang program Kunjungan Rasmi yang akan diadakan di UNTAN esok bersama dengan Rektor Universitas Tanjungpura. UNTAN telah menjadi lokasi pilihan kerana terletak di Kalimantan Barat yang kaya dengan adat, seni dan budaya pelbagai etnik, UNTAN juga menawarkan kursus berkaitan seni dan budaya dan yang lebih istimewanya, UNTAN berjaya mengekalkan kejuaran dalam Festival Tari Borneo yang menjadi acara wajib dwitahunan di Borneo.
Pihak MAKUM amat teruja dan ingin mengetahui apakah rahsia dan kelebihan yang boleh diambil hasil daripada kunjungan ini.
Tarikh Input: 24/06/2024 |
Kemaskini: 13/08/2024 | azhar.mahdzir
PERKONGSIAN MEDIA