Majlis Silaturahim Aidilfitri 1445H Warga BHEP Dan PTNC(HEPA) | Bahagian Hal Ehwal Pelajar hep
» BERITA » Majlis Silaturahim Aidilfitri 1445H Warga BHEP dan PTNC(HEPA)

Majlis Silaturahim Aidilfitri 1445H Warga BHEP dan PTNC(HEPA)

 

SERDANG, 23 April 2024 – Keseronokan dalam meraikan suasana menyambut sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi Syawal 1445H di kalangan warga kerja Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Putra Malaysia dan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dizahirkan melalui Majlis Silturahim Aidilfitri yang berlangsung pada 23 April 2024 bertempat di Ruang Legar Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

Majlis bermula dari jam 10.00 pagi hingga 4.30 petang itu dimulakan dengan ucapan Puan Noraihan Noordin, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Majlis diselitkan juga dengan ucapan persaraan daripada Encik Tuan Arkhan iaitu staf Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang telah bersara pada tahun ini. Bagi memeriahkan majlis, terdapat beberapa persembahan daripada pelajar dan staf yang telah disediakan kepada tetamu yang hadir. Antara persembahan yang telah menarik perhatian tetamu adalah persembahan daripada Encik Tuan Arkhan iaitu staf yang diraikan sempena persaraan beliau.

Majlis yang menyediakan pelbagai juadah serta menu raya itu juga menjadi medan merapatkan hubungan silaturahim bagi lapisan warga kerja Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan pemimpin pelajar. Ia diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dan tetamu undangan.

Ketua Pentadbiran Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar serta semua staf tidak melepaskan peluang meraikan tetamu dengan beramah mesra sepanjang majlis berlangsung dan bergambar kenangan.

 
   

Tarikh Input: 06/05/2024 | Kemaskini: 13/08/2024 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
X, (11:35:48pm-11:40:48pm, 08 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]