Oleh: Nureedayu Zapuri
Serdang, 13 Mac 2026 – Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah menganjurkan satu majlis iftar yang penuh bermakna bertempat di ruang legar BHEP. Program ini menghimpunkan staf HEP bersama ahli keluarga masing-masing dalam suasana mesra dan penuh keberkatan sempena bulan Ramadan.
Majlis ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara warga kerja HEP di samping menyediakan ruang pengisian rohani melalui sesi tazkirah. Kehadiran staf bersama keluarga turut menyemarakkan suasana, sekali gus menjadikan program ini lebih inklusif, harmoni dan berteraskan nilai kekeluargaan. Program sebegini juga dilihat mampu meningkatkan semangat kebersamaan serta memupuk budaya kerja yang lebih positif dalam kalangan warga HEP.
Acara dimulakan dengan sesi tazkirah Ramadan bertajuk “Ketika Ramadan Mengajar Kita Tentang Pulang” yang telah disampaikan oleh Encik Nik Mohamad Ridhwan Nik Nasrudin. Dalam tazkirah tersebut, beliau menekankan bahawa Ramadan merupakan peluang terbaik untuk manusia kembali kepada fitrah sebagai hamba Allah yang sentiasa mengharapkan keampunan dan rahmat-Nya. Konsep “pulang” dihuraikan sebagai usaha kembali kepada nilai keimanan, keikhlasan serta ketenangan jiwa yang sering terabai akibat kesibukan kehidupan seharian. Beliau turut mengingatkan kepentingan muhasabah diri, memperbaiki amalan harian, memperbanyakkan ibadah serta memperkukuh hubungan sesama manusia, khususnya dalam institusi kekeluargaan dan masyarakat.
Selesai sesi tazkirah, para hadirin bersama-sama berbuka puasa dalam suasana sederhana namun penuh kesyukuran. Pelbagai juadah yang disediakan mencerminkan semangat kebersamaan dan perkongsian rezeki, di samping menjadi platform untuk mengeratkan hubungan dalam suasana santai serta tidak formal.
Secara keseluruhannya, majlis ini berjaya mencapai objektif penganjurannya dengan baik, sekali gus memperkukuh ukhuwah serta menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan warga HEP dan keluarga, selain memberi impak positif terhadap pembangunan sahsiah
Tarikh Input: 31/03/2026 | Kemaskini: 06/04/2026 | nureedayu

Universiti Putra Malaysia
Aras Bawah,
Bangunan Canselori Putra
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan