Lawatan Penanda Aras UniMAP | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » Lawatan Penanda Aras UniMAP

Lawatan Penanda Aras UniMAP

 
3 Februari 2023 - Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM telah menerima lawatan penanda aras daripada pihak Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) hari ini. Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), YBrs. Prof. Dr. Mohd. Fo’ad Sakdan bersama Pengarah Pusat Pembangunan dan Perkhidmatan Pelajar UniMAP, YBrs.Prof. Madya Ir. Dr. Mohd Arif Anuar Mohd Salleh, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UniMAP YBrs.Dr. Khairul Anwar Abdul Halim serta empat pegawai tadbir dari Pusat Pembangunan dan Perkhidmatan Pelajar UniMAP mewakili pihak UniMAP.
 
Manakala di pihak UPM adalah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), YBrs Prof. Dr. Arifin Bin Abdu, Ketua Pentadbiran Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPM, Encik Abdullah Arshad, YBrs. Prof. Madya Dr. Amini Abdullah, Pengetua Kolej Canselor merangkap Pengerusi Jemaah Pengetua Kolej Kediaman, Timbalan Pengarah CEM UPM, Encik Ludinata Misnun, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM, Encik Nuruliman Ibrahim, Ketua Seksyen Jalinan dan Pengukuhan Alumni, Cik Aida Fitri Peli, Ketua Penolong Pendaftar, Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Puan Rita Bajat dan Ketua Seksyen Pengurusan Kebajikan, En Mohd Firdaus Baharuddin dan Ketua Seksyen Pengurusan Pengangkutan , En Nik Mohamad Ridhwan Nik Nasrudin.
 
Semoga melalui lawatan ini memperkukuhkan lagi hubungan kedua-dua buah universiti dan sekaligus mengangkat aspirasi pendidikan tinggi Malaysia.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 07/02/2023 | Kemaskini: 07/02/2023 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEXQAH~