Lawatan Penanda Aras HEPA-UPM Ke HEP-UKM | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » Lawatan Penanda Aras HEPA-UPM ke HEP-UKM

Lawatan Penanda Aras HEPA-UPM ke HEP-UKM

 
Lawatan Penanda Aras HEPA-UPM ke HEP-UKM
 
22 Februari 2023 - Pihak HEPA-UPM telah mengadakan lawatan penanda aras (bench marking) ke HEP-UKM.Delegasi HEPA-UPM telah diketuai oleh Ketua Pentadbiran, Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA) UPM, Encik Abdullah Arshad bersama team pengurusan aktiviti dan kewangan pelajar yang diterajui oleh Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM, Encik Nuruliman Ibrahim. Manakala pihak HEP-UKM diwakili oleh Ketua Pentadbiran HEP-UKM, Encik Mohd Mahyuddin Darus.
 
Lawatan ini memfokuskan kepada perkongsian idea dan pengalaman kedua-dua belah pihak dalam pengurusan aktiviti dan kewangan pelajar di universiti masing-masing. Pihak HEPA-UPM dalam perancangan mendapatkan input daripada lawatan ini bagi persediaan pemerkasaan mahasiswa.
 
Lawatan kali ini berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai objektifnya. Semoga usaha ini mengeratkan lagi kerjasama dan hubungan baik antara pihak UPM dan UKM.
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 28/02/2023 | Kemaskini: 28/02/2023 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXETHAg~