Lawatan Mahasiswa OKU UPM Di Dataran Pahlawan Melaka | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » Lawatan Mahasiswa OKU UPM di Dataran Pahlawan Melaka

Lawatan Mahasiswa OKU UPM di Dataran Pahlawan Melaka

 
[ Lawatan Mahasiswa OKU UPM di Dataran Pahlawan Melaka ]
MELAKA, 14 Januari 2023 – Lawatan ke Dataran Pahlawan Melaka di bawah Program XTVT @ SEJARAH 2.0 anjuran Persatuan Mahasiswa OKU UPM dengan kerjasama Unit Perkhidmatan dan Sokongan OKU, Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti Putra Malaysia .
 
Program tersebut telah dianjurkan oleh ahli jawatankuasa daripada Persatuan Mahasiswa OKU UPM dan diselaraskan oleh Encik Ikhmal Shafiq dan Dr Wan Arnidawati untuk memastikan program berjalan dengan lancar. Seramai 39 orang pelajar dan dua orang pegawai pengiring telah menyertai program tersebut.
 
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program berlangsung antaranya lawatan ke tempat-tempat bersejarah seperti Muzium Kastam Melaka, Muzium Senibina Malaysia, Kota A Famosa dan banyak lagi. Selain itu, para peserta juga telah dibahagikan kepada 5 kumpulan dan diminta untuk membuat video khas berkaitan tempat yang dikunjungi.
 
Program yang bermakna ini bertujuan untuk memupuk dan menyemarakkan semangat patriotisme dan menghargai warisan Melayu di dalam jiwa mahasiswa dan mahasiswi Universiti Putra Malaysia. Selain itu, program ini juga dijadikan sebagai wahana mewujudkan pelajar berharmoni dan mempunyai kepribadian yang tinggi untuk memelihara serta mengekalkan warisan sejarah negara.
Semoga program seumpama ini dapat diteruskan dengan program-program lain pada masa akan datang dengan sasaran penyertaan yang lebih ramai lagi daripada kalangan mahasiswa dan mahasiswi OKU UPM.
 
  
 
  
 

Tarikh Input: 16/01/2023 | Kemaskini: 16/01/2023 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEZPAZ~