Himpunan Mahasiswa Madani UPM | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » Himpunan Mahasiswa Madani UPM

Himpunan Mahasiswa Madani UPM

 
SERDANG, 17 Mei - Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dengan kerjasama Yayasan Graduan dan Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan himpunan mahasiswa Madani, di sini malam tadi sebagai usaha memberi kefahaman konsep Malaysia Madani yang telah dinspirasikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.
 
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, Prof. Dr. Arifin Abdu berkata himpunan mahasiswa ini mengangkat martabat Malaysia agar lebih gemilang dalam semua aspek untuk menyebar luas makna Madani termasuklah kepada 7,000 pelajar antarabangsa di UPM.
Himpunan ini juga membuka ruang sesi dialog terbuka antara pelajar UPM bersama Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Prof. Dr. Mohammad Agus Yusoff dan Penasihat Yayasan Graduan, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid berkenaan mahasiswa Madani.
 
Sementara itu, Pelajar Bachelor Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi UPM, Nur Akmal Awang @ Mohd Noor berkata program seperti ini memberi impak kefahaman kepada anak muda sepertinya konteks mahasiswa Madani.
 
"Pada era teknologi ini, mahasiswa perlu ambil tahu apakah bidang pekerjaan yang menjadi rebutan ramai. Ambillah peluang yang ada dan sentiasa kreatif seperti konsep MADANI. Zaman sekarang sudah tidak sama macam dahulu, kita belajar bidang tersebut dan kerja di bidang tersebut.
 
"Oleh itu, saya sangat bersetuju dengan perkongsian yang di buat hari ini, kita perlu bergerak seiring dengan teknologi agar dapat merebut peluang kerja yang ada di luar sana. Mahasiswa perlu bijak dan jika hendak menyertai politik perlu tahu perjuangan kita,” katanya. -UPM

Tarikh Input: 19/05/2023 | Kemaskini: 19/05/2023 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXDdQA6~