GLOBAL MOSAIC: UNITING CULTURE THROUGH ART@FEELING KOREA | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » GLOBAL MOSAIC: UNITING CULTURE THROUGH ART@FEELING KOREA

GLOBAL MOSAIC: UNITING CULTURE THROUGH ART@FEELING KOREA

 
17 Ogos 2024- 26 Orang Pelajar dari 9 buah fakulti Universiti Putra Malaysia (UPM) telah ke Jeonbuk National University, Korea Selatan bagi menyertai program pertukaran budaya yang telah bermula pada 27 Julai 2024 hingga 10 Ogos 2024.
 
Nur Syazana Seruji, 24, pengarah program bagi Global Mosaic: Uniting Culture Through Art berkata program ini bertujuan untuk melahirkan penghargaan terhadap nilai-nilai kebudayaan sesebuah masyarakat, disamping meningkatkan cinta dan penghargaan terhadap budaya tempatan dengan berkongsi buah pandangan bersama pelajar antarabangsa dari pelbagai latar belakang seperti Thailand, Taiwan, Indonesia, Jepun, Korea Selatan dan sebagainya.
 
“Saya berasa sangat gembira kerana berpeluang untuk menganjurkan program ini demi peningkatan sahsiah dan ilmu budaya pelajar. Melalui penglibatan dalam program ini, pelajar berpeluang untuk menuntut dan berkongsi ilmu bahasa, budaya sosial serta budaya seni yang telah dipelajari sepanjang keterlibatan mereka bersama program ini.”
 
Beliau juga berkongsi faktor yang mendorong beliau dalam penganjuran program ini iaitu melihat kepada keperluan pelajar dalam mempelajari budaya luar dan disiplin yang boleh diterap masuk bagi meningkatkan tanggungjawab sosial dan keperluan untuk mempertingkatkan kesejahteraan masyarakat.
 
Antara aktiviti yang berlangsung termasuk mempelajari bahasa asas Hangul, pembuatan kertas Hanji, pemakaian busana tradisional Korea (Hanbeok), memasak bibimbap dan tteoboki, mempelajari teknik taekwondo, membuat kraftangan Hanji, mempersembahkan tarian tradisional Malaysia serta melihat persekitaran perkampungan tradisional Korea.
 
Disamping itu, pengarah program iaitu Nur Syazana Seruji diiringi oleh Encik Ubaidullah telah berjaya mewujudkan perhubungan akrab antara Universiti Putra Malaysia dan Jeonbuk National University melalui mesyuarat yang telah diadakan bagi tujuan mengemukakan cadangan program kolaborasi yang akan datang.
 

Tarikh Input: 23/10/2024 | Kemaskini: 23/10/2024 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
W, (01:35:05pm-01:40:05pm, 17 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]