BHEP UPM Menyambut Baik Dasar Kampus Hijau | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » BHEP UPM Menyambut Baik Dasar Kampus Hijau

BHEP UPM Menyambut Baik Dasar Kampus Hijau

 
Serdang, 22 Feb 2023 - Dalam usaha terus memperkasa Dasar Hijau UPM, Bahagian Hal Ehwal Pelajar tidak terkecuali dalam menjayakan Dasar berkenaan melalui aktiviti "BHEP Plogging Day" dibawah Program Kelestarian Hijau melalui usaha mencapai penyampaian perkhidmatan yang cemerlang serta menyahut seruan Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), YBhg. Dato' Prof. Dr. Mohd. Roslan Sulaiman yang melancarkan hari Rabu sebagai hari Sukan dan Riadah UPM.
 
Aktiviti berkenaan dilaksanaan di sekitar bangunan Canselori UPM, laluan padang bola sepak dan softball UPM, Kolej Canselor, KOSASS dan Astaka Seni UPM yang menjadi pusat aktiviti sukan pelajar.
Selain dapat mengeratkan lagi ukhwah dalam kalangan kakitangan, aktiviti seumpama ini adalah baik untuk kesihatan.
 
Semoga aktiviti seumpama ini dapat dijalankan lagi pada minggu-minggu mendatang sebagai langkah menyokong usaha UPM sebagai sebuah kampus hijau.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tarikh Input: 28/02/2023 | Kemaskini: 28/02/2023 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEaUAM~