BHEP MENGANJURKAN KURSUS INDUKSI MPP SESI 2023/2024 | Bahagian Hal Ehwal Pelajar hep
» BERITA » BHEP MENGANJURKAN KURSUS INDUKSI MPP SESI 2023/2024

BHEP MENGANJURKAN KURSUS INDUKSI MPP SESI 2023/2024

 

SERDANG, 24-26 Mei 2024 – Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah menganjurkan Kursus Induksi Majlis Perwakilan Pelajar UPM pada 24 hingga 26 Mei 2024. Seramai 33 peserta terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Putra Malaysia sesi 2023/2024 terlibat dalam program ini yang diadakan di Dewan Taklimat Serdang. Program yang dilaksanakan selama 3 hari ini bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan penampilan diri pemimpin, pengurusan pentadbiran organisasi, teknik berkomunikasi, pengurusan keselamatan mahasiswa dan personaliti unggul pemimpin sekaligus membentuk jati diri barisan MPP yang dilantik bagi menghadapi cabaran mendatang.

Sebanyak 6 modul telah dilaksanakan dalam kursus ini iaitu Slot 1 Penampilan Pemimpin, Slot 2 Penulisan Surat Rasmi, Kertas Kerja dan Minit Mesyuarat (oleh Puan Noraihan Noordin, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar), Slot 3 Teknik Berkomunikasi (Puan Noorizai Binti Mohamad Noor@Mohamad, Ketua Pentadbiran Pejabat Naib Canselor), Slot 4 Keselamatan Mahasiswa (oleh Encik Nor Azlan Mohamed, Pengarah Bahagian Keselamatan), Slot 5 Personaliti Unggul (oleh Puan Anis Akmilah, Kaunselor Bahagian Kaunseling Universiti) dan Slot 6 Pembentangan Takwim Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2023/2024 (oleh Encik Khairul Hafiz Mohammad, Ketua Seksyen Kepimpinan dan Jati Diri). Bagi mencapai objektif, terdapat slot tambahan iaitu aktiviti icebreaking telah dijalankan bagi mengeratkan silaturrahim dan mengukuhkan pasukan di kalangan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2023/2024 yang baru dilantik.

Keseluruhannya, kursus ini telah berakhir dengan jayanya serta mendapat penilaian yang positif daripada peserta.

Tarikh Input: 06/06/2024 | Kemaskini: 13/08/2024 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
X, (07:19:13pm-07:24:13pm, 02 Oct 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]