BHEP DAN PEJABAT TNC (HEPA) UPM CEMERLANG DALAM PENILAIAN KENDIRI EKSA | Bahagian Hal Ehwal Pelajar hep
» BERITA » BHEP DAN PEJABAT TNC (HEPA) UPM CEMERLANG DALAM PENILAIAN KENDIRI EKSA

BHEP DAN PEJABAT TNC (HEPA) UPM CEMERLANG DALAM PENILAIAN KENDIRI EKSA

Oleh: Muhammad Ayob bin Ibrahim

SERDANG, 18 Mei – Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dan Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni - HEPA), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah melaksanakan program Penilaian Kendiri dan Pertandingan Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Program ini bertujuan untuk memupuk budaya kerja yang sistematik dan mewujudkan persekitaran pejabat yang kondusif serta berimej korporat selaras dengan matlamat kualiti universiti.

Sesi penilaian tersebut telah dikendalikan oleh juru audit jemputan, Encik Mohamad Cyrill bin Kamal, Penolong Pegawai Sains dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, UPM. Beliau telah meneliti pelaksanaan EKSA merangkumi pelbagai kategori pertandingan. Antara yang menjadi tumpuan ialah kategori Zon Terbaik yang melibatkan persaingan antara Zon Anjung Budi dan Zon Anjung Bakti. Selain itu, kategori Ruang Gunasama Terbaik turut dinilai, merangkumi aspek kebersihan dan susun atur di tandas, pantri, bilik mesyuarat, dan sudut bacaan.

Kakitangan BHEP juga menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dalam kategori individu melalui Ruang Kerja Terbaik (workstation), Bilik Kerja Terbaik (bilik pegawai), serta kategori Kreatif Inovasi bagi individu yang mempamerkan idea luar biasa dalam ekosistem kerja mereka.

Keputusan penilaian mengikut komponen menunjukkan prestasi yang amat membanggakan. Empat komponen utama iaitu keperluan utama pelaksanaan, tempat umum, kawasan persekitaran jabatan, dan tempat-tempat khusus berjaya mencapai skor penuh 100%. Manakala, komponen ruang tempat kerja/pejabat mencatatkan skor 98.1% dan komponen keselamatan persekitaran berada pada tahap 95.0%. Purata markah keseluruhan yang peroleh adalah sebanyak 98.86 peratus. Markah yang tinggi ini mencerminkan komitmen warga jabatan dalam memastikan persekitaran kerja sentiasa selamat dan teratur.

Keputusan muktamad bagi pemenang setiap kategori pertandingan akan diumumkan secara rasmi pada Perjumpaan Bulanan Staf BHEP yang akan datang. Kejayaan pelaksanaan penilaian kendiri ini membuktikan warga HEPA sentiasa komited dalam mengekalkan standard kualiti persekitaran tempat kerja yang tinggi demi meningkatkan produktiviti organisasi.

Tarikh Input: 18/05/2026 | Kemaskini: 18/05/2026 | nureedayu

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
W, (03:55:17pm-04:00:17pm, 23 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]