Bengkel True North TNC(HEPA) Bersama MPP UPM | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » Bengkel True North TNC(HEPA) Bersama MPP UPM

Bengkel True North TNC(HEPA) Bersama MPP UPM

 

PUTRAJAYA, 23 Mei 2024 – Bengkel True North TNC(HEPA) bersama Majlis Perwakilan Pelajar UPM telah diadakan di Palm Garden Golf Resort. Bengkel ini dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan disertai oleh 20 orang Majlis Perwakilan Pelajar UPM sesi 22/23 dan 40 orang Majlis Perwakilan Pelajar UPM sesi 2023/2024.

Menerusi bengkel ini peserta didedahkan dengan kerangka strategik HEPA 2024 dan hala tuju 2025-2050 mengambil kira faktor Penyediaan Bakat, Penyelidikan & Inovasi, Perkongsian & Pemindahan Ilmu, Pengantarabangsaan & Ekosistem Pembolehdaya. Bengkel ini juga menekankan perancangan dan hala tuju HEPA dalam memacu visi dan misi Kementerian Pendidikan Tinggi ke arah menjadikan Malaysia sebagai hab bakat dan pengetahuan terunggul di rantau ini.

Melalui naratifnya, Prof. Dr. Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) juga mengingatkan pemimpin pelajar bahawa mereka perlu sentiasa bersedia dalam menguruskan organisasi dengan cekap dan menguruskan amanah yang diberikan dengan telus. Naib Canselor UPM juga menekankan bahawa setiap warga UPM perlu meneliti dan mengamati pelaksanaan True North UPM dan perlu keluar dari zon selesa untuk menghadapi ketidaktentuan masa hadapan serta mengelakkan dari tindakan yang boleh membuatkan UPM runtuh.

Turut hadir dalam bengkel adalah barisan Pengetua Kolej Kediaman, Ketua Pentadbiran TNC(HEPA), Ketua BHEP dan barisan Ketua Seksyen, Bahagian Hal Ehwal Pelajar.

 

Tarikh Input: 31/05/2024 | Kemaskini: 13/08/2024 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
W, (06:42:51am-06:47:51am, 19 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]