
BANGI, 29 Julai 2024 – Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti telah menyempurnakan Majlis Anugerah Putra Ikon UPM tahun 2024. Majlis Anugerah Putra Ikon ini diadakan bagi memberi penghargaan dan sebagai tanda terima kasih kepada semua pelajar yang telah banyak memberi sumbangan dalam pembangunan aktiviti, penyertaan pertandingan dan berjaya mencapai kejayaan cemerlang dalam pelbagai bidang selari dengan matlamat UPM untuk melahirkan graduan bitara yang holistik, ihsan, patriotisme dan berdaya tahan.
Sebanyak 296 permohonan telah diterima, hanya 53 pemohon sahaja yang telah disenarai pendek untuk merebut 18 anugerah mengikut kluster dan 1 anugerah utama iaitu Anugerah Putra Ikon pada pagi ini. Anugerah Putra Ikon UPM 2024 dinobatkan kepada Ahmad Danish Iskandar Mohd Fadzil, Pelajar tahun dua Bacelor Sains Fizik dengan Kepujian, Fakulti Sains (FS). Beliau yang aktif sebagai pemimpin pelajar di pelbagai peringkat daripada fakulti hinga ke peringkat antarabangsa, sentiasa memanfaatkan masa beliau untuk memastikan STEM menjadi satu budaya dalam kalangan pelajar sekolah dan masyarakat umum.
Turut hadir Dato' Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor (HEPA), barisan Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JPU), Pegawai-pegawai Kanan dan pemimpin-pemimpin pelajar UPM.
Tahniah dan syabas kepada semua penerima Anugerah Putra Ikon Universiti Putra Malaysia 2024. Semoga penganugerahan ini menjadi satu pemangkin dan semangat baharu buat semua warga UPM dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dan terbilang.
Tarikh Input: 05/08/2024 | Kemaskini: 13/08/2024 | azhar.mahdzir

Universiti Putra Malaysia
Aras Bawah,
Bangunan Canselori Putra
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan