ALUMNI UPM SUMBANG KOMPUTER RIBA KEPADA PELAJAR OKU | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» BERITA » ALUMNI UPM SUMBANG KOMPUTER RIBA KEPADA PELAJAR OKU

ALUMNI UPM SUMBANG KOMPUTER RIBA KEPADA PELAJAR OKU

Oleh: Marlinah Muslim

SERDANG, 29 Oktober 2025 – Global Tech. Solution & Services Sdn. Bhd., sebuah syarikat milik alumni Universiti Putra Malaysia (UPM) tahun 2004 yang juga merupakan Orang Kurang Upaya (OKU), Encik Mazzreemie Zainal Abidin, telah menyumbangkan (3) tiga buah komputer riba kepada pelajar OKU UPM. Setiap komputer riba tersebut bernilai RM1,800 dan diharapkan dapat membantu meningkatkan akses pembelajaran dalam talian serta kemudahan akademik golongan pelajar berkeperluan khas.

Antara penerima ialah Kuiek Siew Nie, 19, pelajar tahun pertama dari Sekolah Pengurusan dan Ekonomi, yang meluahkan rasa syukur serta keterujaannya kerana kini memiliki komputer riba pertama bagi kegunaan pengajian.

Selain itu, Encik Mazzreemie, yang juga pernah menjadi ahli kumpulan nasyid terkenal UPM, Nahwan Nur, turut menyerahkan dua lagi komputer riba kepada Nur Zafna Zuhani, Presiden Persatuan OHSEM UPM, bagi mewakili dua pelajar OKU lain yang layak menerima bantuan tersebut.

Turut dihadiri oleh Datin Haryani Abdul Hamid, wakil syarikat berkenaan yang juga alumni UPM tahun 1998 serta mantan Presiden Kumpulan Koir UPM. Dalam ucapannya, beliau memberi pesanan supaya para pelajar sentiasa tabah, yakin dengan kemampuan diri dan terus berusaha mencapai kejayaan meskipun berdepan pelbagai cabaran.

Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban pelajar, menyuntik semangat kecemerlangan akademik serta mengukuhkan hubungan antara alumni dan mahasiswa UPM pada masa hadapan.

Tarikh Input: 03/11/2025 | Kemaskini: 03/11/2025 | nureedayu

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
F, (09:56:35pm-10:01:35pm, 11 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]