Oleh: Marlinah Muslim
UPM Serdang, 8 Januari 2025 - Global Tech. Solution & Services Sdn. Bhd. sebuah syarikat yang dimiliki oleh Alumni UPM 2004 yang juga berstatus Orang Kurang Upaya (OKU), Encik Mazzreemie Zainal Abidin telah menyumbang komputer riba kepada dua (2) orang pelajar OKU UPM bernilai RM899 bagi sebuah komputer riba.
Clarissa Fenia, 23, pelajar OKU tahun pertama Sekolah Pengurusan dan Ekonomi, berasa teruja kerana mampu memiliki komputer riba setelah tiga bulan menjadi pelajar UPM.
Clarissa turut berkongsi kecekalannya meneruskan pelajaran walau tidak dapat pulang menyambut perayaan Krismas bersama keluarga disamping datang mendaftar tanpa iringan ibu bapa semasa awal Oktober 2024 yang lepas. Dia juga berkongsi kepada pengasas Global Tech. Solution & Services Sdn. Bhd. bahawa selain belajar bidang perniagaan di UPM, beliau juga mempelajari kemahiran menjahit dan atlet memanah SUKMA baru-baru ini.
Turut berasa gembira, pelajar OKU penglihatan tahun kedua dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Wan Norsyuhada Wan Deraman, 22 berkata bahawa komputer ribanya rosak baru-baru ini dan tidak dapat diperbaiki lagi.
Turut hadir bersama Datin Haryani Abdul Hamid dari Global Tech. Solution & Services, memberi kata-kata penguat semangat kepada pelajar agar tabah mengharungi cabaran sepanjang bergelar pelajar dan terus mempelajari ilmu selain bidang yang dipelajari sebagai nilai tambah menempuh alam pekerjaan kelak.
Global Tech. Solution & Services Sdn. Bhd. turut menawarkan peluang kerjasama pada masa akan datang sekiranya diperlukan di dalam bidang pendigitalan pintar. Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPM sangat berbesar hati dengan pemberian sumbangan ini yang dianggap sebagai sumbang bakti alumni kepada UPM. Pelbagai kaedah jika ditanya bagaimana untuk menyumbang semula kepada Universiti. Kaedah yang dipilih Encik Mazzreemie Zainal Abidin sangat memberi impak kepada pelajar khususnya dan universiti.

Clarissa Fenia menerima sumbangan komputer riba
Tarikh Input: 20/01/2025 | Kemaskini: 21/01/2025 | noraihan

Universiti Putra Malaysia
Aras Bawah,
Bangunan Canselori Putra
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan