Oleh: Wan Fatin Fashilin Wann Adeli
Peperiksaan memang mencabar. Nota tebal, masa terhad dan tekanan untuk lulus sering membuatkan pelajar rasa terdesak. Dalam situasi ini, ada yang berfikir bahawa meniru adalah jalan paling mudah. Namun hakikatnya, meniru bukan jalan pintas ke kejayaan, malah jalan singkat ke masalah.
Keputusan yang diperoleh melalui penipuan mungkin nampak memuaskan di atas kertas, tetapi ia tidak mencerminkan kemampuan sebenar. Lebih membimbangkan, perbuatan meniru melanggar peraturan universiti dan boleh membawa kepada tindakan tatatertib yang serius. Apa yang bermula dengan “sekadar tengok jawapan” boleh berakhir dengan pembatalan peperiksaan atau kesan yang lebih besar terhadap pengajian iaitu pelajar boleh dikenakan hukuman dibuang universiti.
Kejayaan sebenar tidak datang daripada helah, tetapi daripada usaha dan kesungguhan. Setiap pelajar mempunyai potensi tersendiri, dan peperiksaan adalah ruang untuk membuktikan kemampuan tersebut secara jujur. Gagal dengan bermaruah jauh lebih bermakna daripada lulus tanpa integriti.
Ingatlah, integriti bukan hanya diuji di dewan peperiksaan. Ia adalah nilai yang akan dibawa ke alam kerjaya dan kehidupan sebenar. Pilih untuk jujur hari ini, kerana kejayaan yang tulen bermula dengan integriti. Ingat jujurlah kepada ilmu!

Tarikh Input: 27/01/2026 | Kemaskini: 27/01/2026 | nureedayu

Universiti Putra Malaysia
Aras Bawah,
Bangunan Canselori Putra
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan