PEMERKASAAN SISWA SULUNG: TRANSFORMASI PENDIDIKAN UNTUK PELAJAR B40 | Bahagian Hal Ehwal Pelajar hep
» ARTIKEL » PEMERKASAAN SISWA SULUNG: TRANSFORMASI PENDIDIKAN UNTUK PELAJAR B40

PEMERKASAAN SISWA SULUNG: TRANSFORMASI PENDIDIKAN UNTUK PELAJAR B40

Penulis: Nurul Farhan Zainorkamarul Basahidin


Program Siswa Sulung adalah satu inisiatif yang dirangka untuk memberi peluang pendidikan kepada pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan, terutamanya mereka yang merupakan generasi pertama dalam keluarga yang berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di universiti awam. Program ini bertujuan untuk meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi dan melahirkan sumber manusia yang berkualiti serta berdaya saing.

Matlamat utama Program Siswa Sulung adalah untuk:

  1. Memberikan peluang kepada pelajar berprestasi daripada keluarga B40 untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda di universiti awam.
  2. Mengurangkan kadar keciciran pendidikan yang disebabkan oleh kekangan kewangan.
  3. Membasmi kemiskinan.
  4. Membentuk generasi muda yang berdikari, kompetitif, dan mampu memberikan sumbangan kepada masyarakat dan negara.

 

Program Kem Jati Diri SULUNG

Pada 6-8 November 2024, Program Kem Jati Diri SULUNG anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi di Janda Baik, Pahang. Program ini bertujuan membentuk sahsiah diri dan menggali potensi pelajar agar mereka menjadi insan yang lebih berdaya saing, bak mutiara di lautan yang bersinar meskipun dalam kegelapan.


PROGRAM KECEMERLANGAN SISWA SULUNG SIRI 1

Prof. Emeritus Dato' Dr. Sheikh Omar Abdul Rahman, seorang alumni UPM, telah memberikan suntikan semangat kepada para pelajar dengan berkongsi pengalaman hidupnya. Beliau menekankan pentingnya membangunkan potensi pelajar secara menyeluruh agar mereka dapat mencapai kecemerlangan dalam pengajian dan kehidupan, selaras dengan pepatah "kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya". Diharapkan melalui program ini, pelajar dapat membina jati diri yang kukuh dan terus maju dalam mengejar impian serta cita-cita mereka, ibarat padi yang semakin berisi semakin tunduk.

Tarikh Input: 31/01/2025 | Kemaskini: 31/01/2025 | nureedayu

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
W, (12:41:59pm-12:46:59pm, 11 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]