MAKUM Buat Persembahan Nuansa Citra Malaysia Di Australia | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» ARTIKEL » MAKUM buat persembahan Nuansa Citra Malaysia di Australia

MAKUM buat persembahan Nuansa Citra Malaysia di Australia

 

SYDNEY - Majlis Kebudayaan Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) mengadakan persembahan "Nuansa Citra Malaysia" bersempena dengan Malaysia Festival 2024 di Tumbalong Park, Sydney, Australia baru-baru ini.

Persembahan yang bertujuan untuk mempromosikan seni budaya dan warisan Malaysia di arena antarabangsa itu bertemakan Kebudayaan Malaysia dengan menampilkan tradisi Melayu dan Borneo dengan suntikan kepelbagaian kaum utama seperti India dan Cina.

Seramai 17 penari yang terbabit merupakan pelajar dari lima buah universiti awam iaitu UPM, Universiti Sains Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Malaysia Sarawak dan Universiti Malaysia Kelantan.

Persembahan tersebut diuruskan oleh oleh Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi pihak MAKUM dengan sokongan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)

Selain persembahan tarian, MAKUM juga membuat pertunjukan busana tradisional yang digayakan mengikut identiti setiap bangsa dalam Malaysia.

Pengerusi MAKUM, Prof. Dr. Arifin Abdu berkata program tersebut mempromosikan Malaysia sebagai destinasi budaya yang menarik kepada semua pengunjung dari pelbagai pelusuk negara.

“Para pengunjung antarabangsa juga berinteraksi secara langsung dengan delegasi dari Malaysia dan memperkukuhkan jaringan dengan rakyat Malaysia di luar negara,” katanya.

Program Malaysia Festival itu juga merupakan hasil inisiatif Student-Run Organisation, Education Malaysia Australia (EMA) dengan kerjasama Persatuan Pelajar Malaysia University of New South Wales (UNSW) dan penginapan oleh Malaysia Hall Sydney.

Tarikh Input: 13/03/2024 | Kemaskini: 13/03/2024 | azhar.mahdzir

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
WXFaDA6~