KESIAPSIAGAAN BHEP MELESTARI MISI BENCANA BANJIR | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» ARTIKEL » KESIAPSIAGAAN BHEP MELESTARI MISI BENCANA BANJIR

KESIAPSIAGAAN BHEP MELESTARI MISI BENCANA BANJIR

Penulis : Marwan Abdul Razak


Unit Kenderaan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPM sentiasa bersiap-siaga dalam menerima, memproses dan mengatur tempahan kenderaan yang diterima dari pelajar dan staf. Tempahan kenderaan perlu dilakukan di aplikasi Putraliner UPM tujuh hari sebelum hari penggunaannya dan tempahan yang lulus akan dimaklumkan oleh pihak urusetia kepada pemohon 3 hari atau sekurang-kurangnya sehari sebelum hari penggunaan kenderaan. Setiap tempahan mestilah memenuhi syarat yang ditetapkan dengan mengisi butiran dan seterusnya melampirkan dokumen yang berkaitan seperti surat kelulusan program atau aktiviti yang telah mendapat kelulusan dari Pejabat Naib Canselor atau Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni atau Pejabat Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa atau juga dari Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Namun, terdapat juga tempahan kenderaan yang berstatus ’ad hoc’ dan kesiapsiagaan Unit Kenderaan Bahagian Hal Ehwal pelajar selaku urusetia kenderaan memainkan peranan teras utama dalam memastikan kelancaran aktiviti universiti dilaksanakan.

Pada hujung tahun 2024 dan awal 2025, beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia telah dilanda banjir dan rentetan dari ini telah mengkibat kerosakan kepada tempat kediaman, harta benda, tanaman, ternakan dan pekerjaan harian menjadi tergendala. Universiti Putra Malaysia amat cakna terhadap bencana banjir yang melanda negara hampir setiap tahun dan melalui kebenaran, arahan serta sokongan dari Kementerian Pengajian Tinggi, univerisiti-universiti awam dan swasta adalah sangat digalakkan menggerakkan Sukarelawan Misi Banjir yang terdiri daripada para pelajar universiti. Pergerakan sukarelawan adalah menerusi kebenaran dari pihak berkuasa bencana banjir yang memantau keadaan banjir negara.

Banjir adalah sesuatu yang boleh dijangka dan tidak boleh dijangka dan bila ianya berlaku, bantuan perlulah dihantar dengan kadar segera dan selamat. Unit Kenderaan Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah menerima tempahan kenderaan berstatus ‘ad hoc’ yang perlu menggerakkan Misi Bantuan Bencana Banjir UPM pada Isnin, 24 Mac 2025 jam 12.00 malam dari Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar ke Pasir Gudang, Johor. Misi bantuan ini melibatkan 60 orang pelajar serta 10 orang staf serta dua buah bas kampus UPM. Tempahan kenderaan ‘ad hoc’ misi banjir ini perlu diatur dengan berhati-hati dengan mengambil kira kerehatan pemandu bas sebelum memulakan perjalanan dalam memastikan pemanduannya adalah selamat.. Setelah selesai memasukkan peralatan dan bekalan bantuan misi banjir ke dalam bas, urusetia misi memberikan taklimat dan seterusnya melengkap misi dengan berdoa memohon rahmat dan pertolongan Allah SWT agar dipermudahkan misi pada kali ini. Tepat jam 12.00 tengah malam, kedua-dua bas kampus iaitu UPM 1699 dan UPM 8699 memulakan perjalanan.


Para pelajar sukarelawan dan staf selamat tiba di Pontian pada jam 4.30 pagi dan meneruskan sahur. Bulan Ramadan yang penuh barakah menjadi ‘booster’ kepada para sukarelawan membantu dengan lebih gigih membersihkan kediaman mangsa-mangsa banjir dan seterusnya menyampaikan bantuan barangan keperluan harian. Medium pengangkutan yang mantap dan selamat amat penting bagi memastikan kelancaran misi banjir ini dan kedua-dua bas kampus UPM yang terilbat telah memberikan perkhidmatan yang terbaik tanpa sebarang masalah teknikal pengangkutan dan urusetia kenderaan. Misi Bantuan Bencana Banjir Sukarelawan Pelajar UPM di Pontian Johor tamat pada 26 April 2025 jam 12.30 tengah hari dan para sukrelawan selamat tiba di UPM pada jam 5.00 petang.

Pengangkutan merupakan nadi kepada pelaksanaan pelbagai urusan dan adalah amat mustahak pengangkutan seperti bas yang digunakan adalah dalam keadaan yang selamat dengan mematuhi panduan keselamatan Agensi Pengangkutan Awam Darat dan juga Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat. Ketidaklancaran sesuatu program yang telah dijadualkan disebabkan pengurusan pengaturan kenderaan oleh unit kenderaan adalah sesuatu yang amat merugikan. Masa, tenaga dan kos yang telah diperuntukan dan dibelanjakan untuk menjayakan sesuatu program adalah teras utama kepada Unit Kenderaan Bahagian Hal Ehwal Pelajar dalam sentiasa bersiapsiaga menerima, memproses, mengaturkan tempahan dari para pelajar dan staf UPM. Amanat 2025 Naib Canselor UPM dalam merperkukuhkan dan melaksanakan misi “True North’ UPM menjadi teras dan pemangkin kepada perkhidmatan melangkaui jangkaan yang sangat memberi manfaat kepada kesejahteraan sejagat dan peluang dan ruang ini digalas dengan semaksimum yang mungkin oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dalam memenuhi amanahnya.

 

 

 

Tarikh Input: 30/03/2025 | Kemaskini: 28/05/2025 | nureedayu

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
X, (12:05:29pm-12:10:29pm, 01 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]