
KUALA LUMPUR: "Kajian menunjukkan buli siber mempunyai risiko yang lebih tinggi kepada cubaan untuk bunuh diri berbanding jenis buli lain," kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Komuniti, Kuliah Perubatan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Muhammad Adil Zainal Abidin.
Beliau berkata, berbanding dengan buli fizikal, bentuk buli siber seperti komen negatif atau ugutan maya yang kekal di laman sosial menyebabkan impak berterusan kepada mangsa.
"Segala jenis buli boleh mengganggu emosi seseorang seterusnya menyebabkan kemurungan, termasuklah buli siber.
"Identiti pembuli yang tidak diketahui dan maklumat peribadi mangsa yang terdedah menyebabkan gangguan terhadap emosi akan menjadi lebih tinggi.
Tarikh Input: 05/08/2024 | Kemaskini: 28/05/2025 | azhar.mahdzir

Universiti Putra Malaysia
Aras Bawah,
Bangunan Canselori Putra
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan