Cabaran Media Baharu Tuntut Kemahiran Literasi Digital | Student Affairs Division
» ARTICLE » Cabaran media baharu tuntut kemahiran literasi digital

Cabaran media baharu tuntut kemahiran literasi digital

 

 

KUALA LUMPUR: Kemahiran memahami, menganalisis dan seterusnya membuat penilaian terhadap sesuatu kandungan menjadi antara komponen penting literasi media pada era digital hari ini.

Aspek itu penting susulan kehadiran media baharu yang dilihat bebas menyebar luas sebarang kandungan lantaran tiada pengampang maklumat sebagaimana media konvensional.

Dekan Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Khairie Ahmad, berkata dalam senario maklumat tanpa sempadan hari ini, sesiapa sahaja boleh menghasilkan bahan 'berita' yang kemudian disebarkan secara meluas tanpa kawalan.

"Keadaan ini menimbulkan isu kesahihan serta kewibawaan sesuatu berita di media baharu. Justeru, masyarakat perlu mempunyai kemahiran untuk menilai sesuatu maklumat atau berita bagi memastikan kebolehpercayaan kandungan itu.

Date of Input: 31/05/2024 | Updated: 28/05/2025 | azhar.mahdzir

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
X, (01:34:04am-01:39:04am, 14 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]