Pengenalan | Bahagian Hal Ehwal Pelajar
» ORGANISASI PELAJAR » Parlimen Kesatuan Pelajar » Pengenalan

Pengenalan

Parlimen Kesatuan Pelajar Universiti Putra Malaysia telah dirasmikan oleh Prof. Datin Paduka Setia Dato’ Dr Aini binti Ideris pada 12 Mac 2021. Parlimen Kesatuan Pelajar merupakan inisiatif Bahagian Hal Ehwal, Pelajar Universiti Putra Malaysia untuk menyediakan landasan latihan kepemimpinan bertujuan untuk:

  • Menambahbaik kualiti latihan kepemimpinan yang lebih teratur
  • Meningkatkan partisipasi dalam kalangan pemimpin pelajar
  • Melaksanakan pengasingan kuasa yang lebih cekap
  • Menyediakan ruang semak dan imbang diantara pentadbiran Universiti dan wakil pelajar

Secara dasarnya, usaha ini adalah sebagai sahutan kepada hasrat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang ingin menerap semangat Kesatuan Pelajar (Students Union) dimana suara mahasiswa diangkat sebagai salah satu aspek penting dalam penentuan dasar mahupun polisi institusi pengajian tinggi (IPT). Berikutan dengan itu, para pemimpin pelajar semasa akan menjadi wakil dalam Parlimen Kesatuan Pelajar dan idea pelaksanaan mereka akan diangkat

dalam bentuk usul cadangan yang kemudiannya akan dihujahkan bagi keputusan bersama. Kaedah ini secara langsung akan memberi platform untuk mereka terdedah kepada suasana perdebatan yang meraikan perbezaan dan membudayakan pemikiran yang kritis.

Adalah menjadi fokus utama Universiti untuk memperbudaya amalan penghujahan, proses pengambilan keputusan secara kolektif dan budaya kepemimpinan yang berterusan dalam kalangan mahasiswa, melalui pelaksanaan Parlimen Kesatuan Pelajar ini.

 

   

Kemaskini:: 08/06/2022 [azhar.mahdzir]

PERKONGSIAN MEDIA

Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXDdIAn~