PENYERAHAN KOMPUTER RIBA SUMBANGAN YAYASAN BURSA MALAYSIA | Student Affairs Division
» PUTRABAKTI » PENYERAHAN KOMPUTER RIBA SUMBANGAN YAYASAN BURSA MALAYSIA

PENYERAHAN KOMPUTER RIBA SUMBANGAN YAYASAN BURSA MALAYSIA

Serdang, 25 April 2022 — Seramai 5 orang pelajar UPM telah menerima peranti iaitu komputer riba sumbangan Yayasan Bursa Malaysia.
Encik Nuruliman Ibrahim, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah membuat penyerahan kepada para pelajar. Turut bersama adalah Encik Abdullah Arshad, Ketua Pentadbiran HEPA dan Puan Shamilah Samian, Ketua Seksyen Pengurusan Kebajikan semasa sesi penyerahan tersebut.
Nurul Azwanieza Mohd Azlan, Nur Shahira Atiqah Halim, Jilum Ngu, Seridawani Ibrahim dan Nur Sabrina Samsuri amat gembira dengan sumbangan ini lebih-lebih lagi kerana sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi. Mereka amat bersyukur kerana kini mereka boleh menghadiri kuliah dan menyiapkan tugasan akademik dengan lebih mudah.
Terima kasih diucapkan kepada pihak Bursa Malaysia atas sumbangan yang diberikan kepada para pelajar UPM yang amat memerlukan.
@mohe.official
@uniputramalaysia
#UPMPrihatin
#BerilmuBerbakti
#WeLoveUPM
#PutraCakna

Date of Input: 27/04/2022 | azhar.mahdzir

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEaMAN~