Kempen Pembersihan Sampah Dengan Mengumpulkan 250 Kg Sampah Sarap Di Pantai Teluk Likas | Student Affairs Division
» PUTRABAKTI » kempen pembersihan sampah dengan mengumpulkan 250 kg sampah sarap di pantai Teluk Likas

kempen pembersihan sampah dengan mengumpulkan 250 kg sampah sarap di pantai Teluk Likas

Tahniah kepada 11 pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) yang telah menjalankan kempen pembersihan sampah dengan mengumpulkan 250 kg sampah sarap di pantai Teluk Likas di sini semalam.
Usaha pelajar-pelajar UPM mengasingkan botol plastik, plastik, tin aluminium dan barangan lain untuk kegunaan kitar semula harus dicontohi. Khidmat komuniti pembersihan sampah perlu menerapan nilai tambah seperti memupuk kesedaran pengunjung di mana pelajar UPM mengedarkan risalah kempen kesedaran pembungkusan sampah yang betul kepada pengunjung pantai pada hari kedua dengan membuat pengasingan sampah.

Usaha komuniti pelajar UPM untuk memindahkan ilmu bersama komuniti telah menyahut salah satu strategi Empat P iaitu Pemindahan Ilmu kepada komuniti seperti yang dihasratkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi Dato Seri Khaled Nordin. Terdahulu, kumpulan pelajar yang sama telah melaksanakan Pemindahan Ilmu ternakan udang kara bersama kominiti sekolah di Sabah.
Terima kasih juga kepada Ketua Bahagian Perumahan dan Penempatan (BPP) UPM, Mohamed Shukri Mohamed Noor kerana BPP UPM berjaya menganjurkan program yang disertai oleh wakil pelajar UPM daripada Majlis Perwakilan Luar Kampus UPM dan Majlis Perwakilan Pelajar UPM.

Usaha pelajar UPM ini juga selaras dengan sasaran 12, 13 dan 14 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2015. Kempen pelajar UPM mensasarkan matlamat SDG iaitu pembersihan sampah, tanggungjawab pengguna dan kempen untuk kesihatan dan kesejahteraan manusia yang boleh membantu industri pelancongan di Sabah.

#SDG
#4pKPT
#PemerkasaanMahasiswa
#universitiputramalaysia
#kementerianpendidikantinggi

Date of Input: 08/01/2024 | azhar.mahdzir

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEcUAw~