Panduan Tempahan Kenderaan Dan Pengurusan Kenderaan | Student Affairs Division
» OUR SERVICES » Transportation Management Section » Panduan Tempahan Kenderaan dan Pengurusan Kenderaan

Panduan Tempahan Kenderaan dan Pengurusan Kenderaan

  • Bermula 01 Mac 2024, semua permohonan kenderaan (MPV, van serta bas) di bawah seliaan Bahagian Hal Ehwal Pelajar perlu dibuat secara dalam talian menggunakan UPM-ID pemohon melalui sistem PUTRALiner di portal Putra ASIS http://asis.upm.edu.my.
  • Semua permohonan yang dilakukan wajib disertakan dengan dokumen sokongan seperti yang telah ditetapkan dalam Sistem PUTRALiner dan disahkan oleh pegawai pengesah selewat-lewatnya tujuh (7) hari bekerja sebelum tarikh penggunaan.
  • Pemohon akan diberikan makluman kelulusan selewat-lewatnya tiga (3) hari sebelum tarikh penggunaan. Setelah perkhidmatan diberikan, semua pengguna perlu membuat penilaian terlebih dahulu sebelum permohonan seterusnya dapat dibuat.

 

Kategori Pelajar:

1. Memastikan lampiran dokumen berikut diserahkan semasa permohonan penggunaan kenderaan :-

  • Surat kelulusan program (TNCAA – sekiranya program amali/lawatan akademik atau, TNCHEPA/KM - sekiranya program/kokurikulum pelajar)
  • Senarai nama penumpang yang terlibat.
  • Tentatif/jadual pergerakan kenderaan bagi memastikan kelancaran perkhidmatan.

2. Memastikan lampiran dokumen berikut diserahkan semasa permohonan penggunaan kenderaan bagi pelajar antarabangsa (cth:mobiliti pelajar inbound):

  • Surat kelulusan program (TNCAA – sekiranya program amali/lawatan akademik atau, TNCHEPA/KM - sekiranya program/kokurikulum pelajar).
  • Senarai nama penumpang yang terlibat untuk permohonan Lesen Perubahan Sementara (LPS) kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat(APAD).
  • Tentatif/jadual pergerakan kenderaan bagi memastikan kelancaran perkhidmatan. 

Kategori Kakitangan:

1. Memastikan lampiran dokumen berikut diserahkan semasa permohonan penggunaan kenderaanSurat kelulusan program daripada Pejabat Naib Canselor.

  • Senarai nama penumpang yang menyertai rombongan.
  • Tentatif/jadual pergerakan kenderaan bagi memastikan kelancaran perkhidmatan.
  • Perkhidmatan tidak dikenakan bayaran.

MUAT TURUN

 

Updated:: 04/03/2024 [ridhwan_nasrudin]

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXFIMAG~