TAKLIMAT ANUGERAH PUTRA IKON (API) UPM 2023 | Student Affairs Division
» NEWS » TAKLIMAT ANUGERAH PUTRA IKON (API) UPM 2023

TAKLIMAT ANUGERAH PUTRA IKON (API) UPM 2023

 
TAKLIMAT ANUGERAH PUTRA IKON (API) UPM 2023
 
31 Mei 2023 - Bahagian Hal Ehwal Pelajar anjurkan Taklimat Anugerah Putra Ikon (API) 2023 bagi persediaan pemilihan calon Anugerah Putra Ikon (API) 2023.
Anugerah Putra Ikon (API) merupakan anugerah tertinggi UPM yang diadakan setiap tahun bagi memberi pengiktirafan kepada mahasiswa yang telah mengharumkan nama Universiti Putra Malaysia dan telah memperolehi pencapaian tertinggi pada peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
 
Taklimat ini dihadiri oleh pegawai UPM, barisan Majlis Perwakilan Pelajar, Majlis Perwakilan Kolej, Persatuan Mahasiswa Fakulti serta kelab/persatuan di UPM. Taklimat yang diadakan ini memfokuskan kepada perkara berkaitan kritiria, syarat serta cara mengisi sistem permohonan API. Taklimat diberikan oleh Encik Abdullah Arshad, Ketua Pentadbiran Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEPA) dan Encik Rizal Hj. Razak, Ketua Bahagian Kampus Pintar & Pendigitalan iDEC.

Date of Input: 12/06/2023 | Updated: 12/06/2023 | azhar.mahdzir

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEcCAQ~