STEM Exploration Mobility Di Kasetsart University (KU), Bangkok, Thailand | Student Affairs Division
» NEWS » STEM Exploration Mobility di Kasetsart University (KU), Bangkok, Thailand

STEM Exploration Mobility di Kasetsart University (KU), Bangkok, Thailand

 
Bangkok, 15-29 Ogos 2023- Pemimpin Kelab MySTEM Ambassadoir UPM telah menganjurkan International STEM Exploration Mobility di Kasetsart University (KU), Bangkok, Thailand. Tempoh 2 minggu di Bangkok ini telah melakarkan pelbagai kejayaan dalam pengembangan dan kerjasama STEM bersama universiti serantau ini. Antaranya deligasi Kelab MySTEM Ambassador telah dijemput untuk membuka pameran dan bersama-sama menjayakan Science Festival yang dianjurkan oleh Fakulti Sains KU. Science Festival mensasarkan pelajar sekolah sekitar universiti yang bertujuan untuk memupuk minat sains di kalangan peserta, seiring dengan objektif penubuhan Kelab MySTEM Ambassador UPM.
 
Dalam festival itu, pemimpin kelab telah berjaya memindahkan ilmu STEM dan menarik minat STEM di kalangan pelajar sekolah Thailand.
Selain itu pemimpin Kelab MySTEM juga berpeluang menghadiri sesi kuliah dan makmal bersama-sama mahasiswa KU, untuk mempelajari budaya belajar subjek STEM di negara jiran ini. Sesi pembelajaran yang majoriti dalam bahasa Thai tidak menghalang deligasi ini untuk menghayati kepelbagaian dalam pembelajaran STEM. Pemimpin MySTEM UPM juga berkesempatan melawat dan mendalami makmal-makmal penyelidikan bertaraf antarabangsa di KU.
 
Perbincangan bersama mahasiswa Fakulti Sains KU juga diadakan untuk saling bertukar pendapat mengenai STEM di negara masing-masing. Sembang santai mahasiswa UPM dan KU turut diadakan untuk saling mengenali dan mempelajari budaya Malaysia dan Thailand di samping membina persahabatan bersama kedua-dua negara.
Program mobiliti ini semestinya telah memberi pengalaman yang sangat berharga dan membuka minda pelajar di samping meningkatkan kualiti diri melalui ilmu dan jalinan persabahatan antarabangsa yang diperoleh sepanjang program ini.

Date of Input: 21/09/2023 | Updated: 21/09/2023 | azhar.mahdzir

MEDIA SHARING

Student Affairs Division
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+603-9769 6075
+603-9769 2091
SXEcPAe~